Kalau banyak sangat ilmu, tak susah ke?
Kalau banyak sangat ilmu dan konsep yang diketahui, tidak menyusahkan? Sebenarnya semua ilmu dan konsep itu perlu dijurus kepada satu perkara – mengenal Allah. Jika makin banyak, ia akan makin menguatkan ingatan serta menguatkan keazaman. Bagaimana?Bila ada kesedaran, dicari ilmu.
Dicari ilmu akan menyebabkan jelas
Jelas akan menghasilkan amal
Amal inilah yang mampu menuju ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Lantaran kita tidak tahu manakah amal yang akan diterima oleh Allah. Dan kita ke syurga bukanlah kerana amal tetapi kesungguhan dan kerendahan diri kita kepada Allah.