Saya berpada dengan yang sedikit…

“Kita berpada dengan yang sedikit …”

Itulah antara kata-kata dalam diri saya apabila ada peluang untuk mendapatkan projek lebih 30K untuk latihan selama 2 hari. Saya pernah berurusan untuk projek latihan 3 hari bernilai lebih RM 70K – walaupun itu bukan projek saya sepenuhnya. Namun kali ini projek ini lain macam.

“Boleh kita bertemu ? Saya tidak faham sangat dengan deal projek besar-besar,” saya mencadangkan kepada Tuan S.

“Ok tuan.”

Bertemunya kami dimulai dengan sapaan salam dan senyuman lebar. Orangnya muda. Bersemangat dengan apa yang dibawa. Kami terus berdialog.

“Minta maaflah saya terpaksa minta Tuan datang ke sini untuk berbincang.”

“Tak pe,” balas Tuan S.

“Boleh terang serba sedikit tentang projek ini?”

Tuan S bercerita panjang.

“Saya nakkan dua-dua happy.

Dalam hati saya, “happy ? Selama ini saya tidak happy ke ?”

“Cuma saya minta Tuan Fazrul kurangkan sikit kos. Sekarang nie agak tinggi. Nanti orang sana tidak happy.

“Orang sana di mana ? Saya confuse,” saya berkongsi.

“Oh Tuan Fazrul tak perlu bimbang. Saya akan jaga orang sana. Apa yang Tuan Fazrul quote saya akan terima. Saya tidak akan ambil upfront atau ambil apa-apa komisyen untuk saya atau beri sesiapa.”

Saya faham.

“Jadi maksudnya kalau saya kurangkan quotation saya beberapa ribu, siapa dapat duit tu ? Tuan S atau orang sana ?” saya menduga.

Sambil senyum, klu yang diberikan menunjukkan ‘orang sana’ yang akan dapat.

Saya berlapik, “Saya bukan apa Tuan S. Saya tak naklah tuan yang buat kerja dapat RM 100 atau RM 200 sahaja. Tuan sebagai konsultan yang buat marketing dan berjalan sana-sini. Kami sanggup turunkan quotation tetapi saya clear duitnya pergi ke mana.”

“Kalau begitu, nanti saya bincang dengan rakan saya. Nanti kami akan tengok berapa rendah kami boleh pergi. ”

Tuan S dan rakannya angguk.

Kami berjabat tangan. Senyum. Berpisah.

RM 0

Saya meminta rakan saya menulis email balasan. Begini ayatnya:

Assalamualaikum Tuan S

Selepas perbincangan kita bersama hari ini, kami  mengambil keputusan untuk menolak program tersebut.
Kami menolak atas dasar proses yang dijalankan bercanggah dengan prinsip syariah-compliant dalam dunia perniagaan. Prinsip kami menolak apa-apa bentuk pemberian wang / cenderahati / hiburan yang kabur dan tidak jelas samada dalam konteks  undang-undang Malaysia ataupun hukum syariah.
Kami menghargai usaha tuan membantu kami dan usahawan-usahawan bumiputera lain, namun kami tidak dapat berkomproni dalam soal seperti ini. Ada jalan yang lebih baik dalam memajukan bisnes dan kehidupan, dan ianya mestilah berasaskan tatacara yang ditetapkan Tuhan. Pemberian rezeki adalah milik Allah maka amat penting untuk kita mencari keberkatan rezeki berdasarkan apa yang telah diperintahkan Allah.
Kami ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan dan semoga jalinan persahabatan ini dapat diteruskan dengan menghormati prinsip-prinsip kebenaran.
Saya akan maklumkan pembatalan LO kepada institusi berkenaan kemudian.
Terima kasih.

Saya berpada dengan yang sedikit untuk sesuatu yang banyak di akhir sana. Ya Allah, kuatkanlah diri kami untuk mengejar rezekimu yang halal dan toiyib.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bersyukur dalam Bisnes

Dalam satu program latihan, seorang jurulatih mengungkapkan satu kata-kata daripada tokoh kajian spiritual: " Bahawa nanti akan ditemukan individu yang

Close