Siapakah Orang Yang Stabil EQnya?


Saya juga tidak terlepas dari diuji oleh EQ diri sendiri. kadangkala ianya rendah, dan kadangkala ianya tinggi. memang fitrahnya begitu dalam diri manusia. namun yang demikian, jika kita tidak mampu mengawalnya, maka kita sebenarnya tidak mencapai tahap kematangan yang sebenar dalam kehidupan!

 

Apakah yang dimaksdkan dengan kematangan dalam EQ? kematangan ialah mampu mengadaptasi semua bentuk atau situasi yang mampu mengubah perspektif emosi dalam ruang masa yang lain. contohnya, jika kita dahulu memang pernah ditipu oleh rakan yang kita percaya, sudah pasti kita akan marah, mengamuk, sedih dan seumpamanya. betulkan?  kematangan akan dimiliki oleh kita jika kita menghadapinya sekali lagi di dalam diri kita, tetapi ia diambil dengan cara yang berbeza dari pengalaman yang dahulu. maksudnya, situasi yang sama, tetapi cara mengendalikan emosi itu adalah jauh berbeza lebih baik dari yang dahulu.

 

langkah yang baru itu juga adalah bertujuan untuk memastikan kestabilan emosi kita tidak tergugat dengan pengalaman yang sama. jika anda perasan atau tahu tentang fitrah alam, kehidupan ini bagaikan roda! ia berputar! siang dan malam, berputar. sejuk dan panas juga berputar, berganti-ganti.namun, ia tetap sama, siang dan malam, sejuk dan panas.

 

kehidupan juga begitu, dulu kita pernah menghadapi kesusahan, sekarang juga, kita juga memang dalam keadaan susah. dahulunya kita kurang pandai, dan sekarang juga, kita juga banyak perkara yang perlu kita belajar. ia bkanlah linear, tetapi berputar. kita akan diuji oleh diri kita sendiri dalam paten yang berputar. diuji berkali-kali supaya kita mengambil pengajaran dan hikmah. bukan kita bertambah teruk dan lebih teruk dari pengalaman yang pertama!

 

itulah puncak sukses kehiupan yang sebenar. jadi, jika anda berhadapan masalah yang sama, pastikan masalah itu dikendalikan dengan capaian kematangan yang sebenar. kita tidak akan putus dari masalah kerana ia telah ditetapkan peraturannya di muka bumi ini! so, be the best.

 

lakukan suatu perkara itu lebih baik dari hari semalam. itulah puncak kematangan EQ yang sebenarnya.

 

 

selamat maju jaya!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Laptop $30 dan Gaoyong

{popin} Sepanjang berada di California ini, saya melanggan satu mailing list untuk pelajar University of Southern California. Ia adalah mailing...

Close