Bersyukur dalam Bisnes

Dalam satu program latihan, seorang jurulatih mengungkapkan satu kata-kata daripada tokoh kajian spiritual: ” Bahawa nanti akan ditemukan individu yang hebat akhlak dan santunnya, bukan di biara atau masjid tetapi dalam toko-toko bisnes.” Saya antara setuju atau tidak. Namun dalam bisnes, melaksanakan syukur bukan perkara yang mudah. Ia juga bukan ada satu definisi yang tetap. Cuma secara umumnya, syukur dengan apa yang ada – samada ia digunakan terus, ditambah nilai atau disusun mengikut ketetapan yang sesuai. Kalau dibuang? Ia juga sebagai satu syukur kerana kita mengenalpasti ia mungkin akan mengakibatkan rosak pada bahagian lain dalam satu-satu sistem.

Berikut ialah cabaran yang boleh berlaku dalam satu-satu entiti bisnes atau organisasi:

  • Ahli tidak mampu melihat kekuatan yang ada
  • Ahli tidak berkomunikasi untuk sesuatu yang tidak pasti (memerlukan kemahiran initiative, inquiry, advocacy, critique & decision making, conflict management serta resilience)
  • Ahli belajar sesuatu tetapi tidak mempraktikkannya
  • Ahli sudah ditawarkan khidmat coaching untuk menukarkan teori ke dalam bentuk aplikasi dan hasil, namun tidak digunakan dengan baik
  • Segala proses yang perlu dilaksanakan tidak dihormati malah diisi dengan sesuatu kerja yang tidak bersangkut secara langsung dengan apa yang ingin dicapai oleh satu-satu organisasi.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pengurus atau ketua:
  • Kenalpasti passion setiap ahli
  • Jika dikenalpasti, berikan tugas. Tidak semestinya tepat tetapi monitor dari semasa ke semasa
  • Kalau perlu dibantu, tawarkan bantuan
Namun jika si ahli tidak mempunyai awareness pada satu set tindakan atau tugas, ia perlu ditukarkan untuk memberi perspektif berbeza kepada ahli. Ini dikaitkan dengan konsep hijrah di mana dengan penghijrahan itu, kesulitan yang dialami akan dimudahkan dan harapnya si ahli mampu melihat dengan kerangka baru samada melibatkan elemen fizikal, intelek, emosi atau spiritual.
Tanpa hijrah yang datang dari luar, seseorang mungkin tidak mampu bersyukur dari dalam. Hijrah secara fizikal, intelek atau emosi akan menyebabkan syukur itu datang balik – kekadang dengan nada kesenangan tetapi hijrah sering dikaitkan dengan kepayahan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Permata dari Sheikh Abdul Bary

Surah al-Kahf diturunkan sebelum hijrah ke Habsyah. Selepas 'bangun' dari 'gua' Habsyah, ramai yang memeluk Islam di Mekah - Umar

Close