Khusyuk menjadi hamba – asas produktif

Ada masa, kita sibuk dengan projek yang menimbun. Kerja banyak. Untuk apa semua ini?

Soalan ini amat penting untuk terus kekal produktif dan bernafas panjang.

Habis projek, seperti tiada projek lain

Ada individu yang menguruskan sesuatu projek dengan amat baik dan penuh komitmen. Sanggup bergadai bergolok kerana selepas ini, ‘saya boleh enjoy dan tidak perlu lagi melalui keperihan ini.’

Maka selepas selesai projek khas ini, dia enjoy. Berapa lama? Ia mahu selama-lamanya. Namun ini tidak boleh berlaku di sini. Ia hanya boleh berlaku di syurga.

Kesannya? Apabila dia ingin enjoy selepas projek hebat tersebut, ia menyebabkan ia tidak berjaga-jaga untuk projek seterusnya. Projek seterusnya failed. Deadline tidak dipatuhi, diri rasa down, dapatkan semangat semula untuk naik dan berjaya kembali. Selepas berjaya dan penat dengan projek  hebat, jatuh kembali. Vicious cycle.

Bagaimana menangani isu ini?

Ini ialah isu serius atau tidak dengan hidup. Ia ada kaitan dengan kejelasan matlamat hidup. Hidup ini ialah projek demi projek hebat. Habis satu projek, perlu diikuti dengan  projek seterusnya yang perlu diuruskan dengan disiplin seorang hamba yang sentiasa tunduk kepada Penciptanya.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (Surah al-Insyirah 94:7)

 

Inilah seruan Surah al-Insyirah. Segera untuk mengisi masa seterusnya dengan projek berikutnya. Hidup ialah satu projek besar dan hebat yang mempunyai mikro projek hebat.

Perlu bina sistem projek hebat yang baru selepas projek lepas berjaya atau tidak dilaksanakan.

Kepada Tuhan kita akan kembali suatu hari nanti. Jangan dibiarkan hidup ini hanya satu mikro projek. Habis satu, akan hadir yang baru. Untuk kekal stamina kejayaan, rancang sistem mikro projek hebat seterusnya. Jangan biarkan ia kosong atau diisi dengan perkara yang tidak bermanfaat. Dengan menjadi seorang hamba kepada Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Surah Yasin: Menyeru kepada Allah dengan Tegas dan Kasih Sayang

Bingung. Memang bingung.” “Mengapa Ali? ” “Aku tidak tahu selesaikan isu hidup aku. Buntu. Aku seperti tidak berharga.” Ini boleh

Close