Kerana kita hamba

“Saya sudah rancang, tapi fail.”

“Saya sudah bersungguh-sungguh, tapi tak menjadi.”

“Saya sudah rancang bisnes amat baik, ikut training, tapi masih tidak menjadi.”

Mengapa jadi begitu?

Kerana kita hamba. Ringkas tapi ia menerangkan konsep ‘bookends’ dalam menguruskan kehidupan.

Dalam perbincangan The Third Alternative oleh Stephen R Covey, ia menerangkan konsep berikut:

My Solution

Your Solution

Our Solution

Apabila kita mencapai Our Solution, kita akan menjadi amat yakin. Namun ada pihak yang amat penting. His Solution. Ketentuan dari Allah. Jangan diabaikan kerana jika tidak kita akan mudah kecewa.

Inilah pentingnya mengenal diri kita hamba. Kalau kita amat yakin apa yang akan kita laksanakan, itu adalah dengan rahmat dari Allah. Namun sebagai hamba, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita hanya berusaha dan bertawakal. Allah menentukan hasilnya.

Bookends

Atas dasar itu, dalam merancang sesuatu atau membuat pilihan, elakkan dari memberi satu poin sahaja.

“KIta akan berjaya dan berjaya pada kadar 100%.”

“Saya ingin mendapat A dan selepas itu masuk ke sekolah asrama penuh.”

Kaedah bookends ialah meletakkan range. 

“Kita akan berjaya 100%. Paling rendah ialah 80% dengan apa yang kita akan laksanakan.”
“Saya akan mendapat A. Kalau saya dapat B, saya akan tetap cuba mencari sekolah asrama penuh atau kalau di sekolah biasa, saya tetap akan mengejar cita-cita.”

Perkataan di atas nampak tidak yakin.

Kalau masih mahu yakin, sekalikan dengan sumber kekuatan utama.

“Insha-Allah.” kalau sesuatu di masa pada akan datang.

“Lahaula wala quwwata illa billah” untuk hasil yang diusahakan.

Apabila disekalikan, ia akan menjadi begini:

“KIta akan berjaya dan berjaya pada kadar 100%, Insha-Allah”

“Saya ingin mendapat A dan selepas itu masuk ke sekolah asrama penuh, Insha-Allah”

Perkataan Insha-Allah itu perlu difahami betul kedua-dua belah pihak. Jika tidak, ia perlu ditambah dengan ayat bookends.

“Kita akan berjaya 100% Insha-Allah. Paling rendah ialah 80% dengan apa yang kita akan laksanakan.”
“Saya akan mendapat A Insha-Allah. Kalau saya dapat B, saya akan tetap cuba mencari sekolah asrama penuh atau kalau di sekolah biasa, saya tetap akan mengejar cita-cita.”

Mengapa perlu ada bookends

Agar kita tidak kecewa. Atau kita tertekan dengan sesuatu yang tidak menjadi. Ia boleh menjadi strategi dalam hidup:

  1. Target kewangan dalam bisnes
  2. Target CGPA dalam akademik
  3. Plan B kalau plan A tidak menjadi
  4. Cara rancang waktu kalau ingin siapkan sesuatu – konsep ini dimasukkan dalam Timeline A+
  5. Kalau susah nak kawal diri untuk laksanakan sesuatu atau tinggalkan sesuatu.

Anda sudah biasa dengan bookends?

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
9 ayat dengan idfa’

 Dalam al-Quran ada 9 ayat dengan menggunakan perkataan dafa'a Surah an-Nisa وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ

Close