Istighfar dan sedekah sebagai jalan keluar


Jika seseorang ada masalah, banyakkan istighfar.

Jika ada masalah, banyakkan sedekah.

Dua perkara ini ialah amalan spiritual. Spiritual internal ialah dengan istighfar. Spiritual eksternal ialah dengan memberi apa-apa sahaja perkara fizikal, intelek atau emosi/sosial.

Dalam Musnad Abu Hanifah disebut sebuah riwayat dari Jabir bin Abdullah. Suatu hari ada orang datang berjumpa Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah aku sama sekali belum diberi rezeki berupa anak dan aku tidak memiliki anak.” Rasulullah berkata “Di mana kamu memperbanyakkan istighfar dan sedekah, maka kamu akan diberi rezeki lantaran kedua2nya.”

Lelaki itu buat seperti disuruh dan akhirnya dikurniakan 9 orang anak lelaki.

Kepentingan spiritual

Hidup ini penuh dengan cabaran. Berharap kepada fizikal, intelek dan emosi/sosial sahaja untuk menguruskan hidup ini amat sukar.

Spiritual adalah jalan mudah – walaupun ada ujian di situ. Ujian itu lebih mudah berbanding dengan ujian bergantung kepada diri sendiri yang tidak ada kekuatan atau bergantung kepada kekuatan makhluk.

Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang sentiasa istighfar dan sedekah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Kerana kita hamba

"Saya sudah rancang, tapi fail." "Saya sudah bersungguh-sungguh, tapi tak menjadi." "Saya sudah rancang bisnes amat baik, ikut training, tapi masih...

Close