Bukan RM sebagai permulaan

Sebagai seorang ahli bisnes, usahawan dan pekerja, perspektif berkaitan duit perlu dibetulkan. Kalau ia tidak diperhatikan dengan baik, ia akan mencacatkan pekerjaan seseorang.

Perkara penting tentang RM ialah: jangan letakkan ia paling utama untuk berjaya, tetapi letakkan ia sebagai alat sahaja untuk menuju kejayaan. Letakkannya sebagai ‘second class’.

Sebagai contoh, sebagai seorang usahawan, mendapatkan untung amat penting. Tetapi soalan awal yang perlu ditanya ialah : apakah amal ini membantu manusia dan mendatangkan pahala. Tanya soalan ini dan ia akan memberi kesan kepada motivasi diri sendiri. Rezeki tetap ada, duit perlu dicari tetapi jangan sampai duit menyebabkan mata kelabu untuk meneruskan kebaikan. Kalau bisnes yang dibuat tidak mendatangkan sebarang atau kurang RM, itu perlu dibaiki dari segi model bisnes. Namun jangan sampai hari ini rancang, terus diharap besok dapat RM 10,000 kecuali bisnes itu sudah bermula lama.

Manakala bagi pekerja, jika duit menjadi kayu pengukur harian, maka ia akan menyebabkan kerja tidak dibuat dengan cara terbaik. Hanya selepas sebulan berlalu dan gaji diperoleh penuh, baru menyesal dan minta maaf pada bos pasal tidak menunaikantangungjawab. Duit dapat penuh, tapi kerja hanya sebahagian sahaja.

Antara cara penyelesaian begini ialah dengan meletakkan target atau KPI yang perlu dicapai. Kalau dienuhi, penuh gaji. Kalau tidak penuh, berbaloi dengan apa yang ada. Ia sukar dilaksanakan, tetapi ini antara kaedah untuk mengelakkankerugianmodal syarikat hanya disebabkan ramai yang bermotivasi dengan sesuatu yang jangka masa pendek. Syurga itu untuk orang yang bernafas panjang.

Artikel asal di blog Tabiat A+

20120820-111134.jpg

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menggabungkan nilai dan kepercayaan dalam bisnes

Dalam program Business Model baru-baru ini di Singapura, saya amat seronok dengan input yang diberikan. Ia menggambarkan nilai ilmu dan

Close