Apa ‘exit plan’ anda?

“Kalau saya tidak sihat, siapa yang akan mencari rezeki ?” kata Ali.

“Kalau tuan tidak beli insuran dan ada ahli keluarga tidak sihat, siapa yang akan menanggung?” kata Burhan.

Dialog Ali mungkin boleh diterima. Dialog Burhan juga boleh diterima tetapi ‘nampak sangat’ beliau ingin menjual premium insuran beliau. Ramai yang akan rasa ‘digunakan’.

Biarpun wang sering dikaitkan dengan dunia, tetapi ia juga boleh menjadi jambatan ke akhirat. Mencari nafkah untuk anak dan keluarga itu wajib bagi sang suami. Kita yakin rezeki dari Tuhan. Realitinya ramai yang yakin tetapi tidak juga mendapat rezeki tersebut samada boros berbelanja atau ia tidak dirancang dengan betul.

Hakikat ini sering berlaku : sang suami bergaji RM 5000. Si isteri bergaji RM 3000. Namun hutang yang ada menyebabkan baki hanya sekitar RM 2000 sebulan. Apabila sampai hari raya, simpanan makin berkurang. Apabila anak masuk sekolah, mahu beli rumah baru, ingin dapatkan kereta yang kedua, maka simpanan itu makin berkurang. Wajarkah ia dibelanjakan begitu rupa? Berapa lama simpanan perlu disediakan untuk diri sendiri dan ahli keluarga lain ?

Persoalan di atas mempunyai pelbagai jawapan. Dalam satu buku kewangan ada dinyatakan bahawa ramai yang bekerja makan gaji hanya beberapa bulan sebelum dianggap muflis. Cuba bayangkan kalau anda makan gaji dan tidak mendapat gaji gaji 3 bulan – dapatkah anda bertahan ?

Dilema 4 jenis manusia

Menurut Kiyosaki, ada empat jenis kategori manusia dalam hal kewangan: employed, self-employed, business dan investor. Individu yang berada di dalam employed atau self-employed akan bekerja keras. Kalau tidak bekerja keras atau individu itu tidak hadir, maka habis punca pendapatannya.

Manakala individu yang berbuat bisnes perlu membuat kerja strategik untuk mendapat keuntungan besar. Individu dalam kategori pelabur atau investor boleh buat kerja lain dan cukup hujung bulan akan mendapat untung yang besar – bergantung siapa individu yang beliau amanahkan untuk menguruskan ‘sungai duit’ beliau.

Tepuk dada, tanya iman

Jadi anda kategori mana? Jika anda seorang guru, adakah anda melaksanakan kerja passive income walaupun hanya dengan modal RM 100 ? Atau anda yakin 100% bahawa anda cukup dengan makan gaji, duit pencen dan nanti duit itu boleh digunakan 5-10 tahun selepas bersara?

Ia perlu bermula awal. Jika ada legasi yang ingin dibina, perancangan itu perlu bermula sekarang. Apa-apa sahaja ilmu yang sah dan benar untuk membina ‘sungai duit’ perlu dipelajari walaupun secara kecil-kecilan. Anda mungkin terkejut dengan mentaliti begitu, anda berjaya membina income pasif sama banyak atau lebih dari gaji yang anda dapat. Kalau waktu itu anda ingin memfokuskan diri kepada kerja itu, amat dialu-alukan. Jangan belum apa-apa lagi, sudah dibuat pinjam RM 20,000 dan rupanya hasil hanya beberapa RM. Itu bukan ‘exit plan’, tetapi itu ‘damaging plan’.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Inovasi dalam Model Bisnes

Model Bisnes boleh digunakan untuk memahami peta bagi bisnes - melonjakkan potensi fizikal seorang manusia. Selain itu, potensi intelek, emosi

Close