Inovasi dalam Model Bisnes

Model Bisnes boleh digunakan untuk memahami peta bagi bisnes – melonjakkan potensi fizikal seorang manusia. Selain itu, potensi intelek, emosi dan spiritual juga boleh menggunakan framework model bisnes ini untuk maju ke hadapan.

Berikut ialah hasil inovasi dan adaptasi tersebut:

  • Model pendidikan dan latihan (Education / Training Model) – fokus kepada nilai intelek
  • Model keluarga dan kepimpinan (Family Model / Leadership Model) – fokus kepada nilai emosi
  • Model dakwah (Dakwah Model) – fokus kepada nilai spiritual

Apakah kandungan semua model ini ? Ia tetap mempunyai 9 blok.

Sebagai contoh, bagi Model Dakwah, Value Proposition ialah Nilai untuk Orang Yang Diajak kepada Kebenaran. Seseorang yang ingin berdakwah perlu ada nilai yang diberikan kepada orang yang didakwah.

 Dalam model pendidikan, Value Proposition ialah Nilai Kemahiran Yang Diberi kepada Pelajar. Jika dalam bisnes, amat banyak nilai yang boleh dibina untuk sesuatu produk atau servis, maka dalam dunia pendidikan, banyak kemahiran yang boleh dipindahkan kepada pelajar. Apakah yang diperoleh individu yang terlibat dalam dunia pendidikan tersebut ? Sudah tentu ilmu baru atau perasaan/ pengalaman baru yang melatari sesuatu ilmu. Pahala dan duit akan hadir sekaligus, Insha-allah.

Apa yang dibincangkan dalam Model-model inovasi dan adaptasi di atas ialah asas Business Model YOU. Cuma Business Model YOU tidak memberi butiran pada aspek spiritual. Inilah yang dimajukan dalam kajian ini.

Artikel asal di http://businessmodelaplus.blogspot.com/2012/09/inovasi-dalam-model-bisnes.html

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ubat spiritual pada al-Fatihah

Nabi bertanya kepada Abu Sa'id selepas beliau membaca surah al-Fatihah untuk mengubati seorang individu, "..dan apa yang menyebabkan kamu tahu

Close