Kepentingan Model Multi-Dimensi PIES dalam Kehidupan

Dalam kehidupan seharian, pelbagai cabaran yang datang melanda. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia makin kompleks bergantung kepada kemampuan dan anugerah yang Allah berikan kepadanya. Jika seseorang itu punya intelek yang tinggi, pasti ujian yang diberikan juga mempunyai dimensi intelek yang tinggi. Kalau tinggi dimensi spiritualnya, akan makin tinggi ujian yang akan diberikan.

Namun yang pasti, ia bukanlah terpulang kepada masing-masing menetapkan neraca kemampuannya. Itulah wujudnya akhirat di mana masing-masing cuba mencapai standard bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa akhirat, masing-masing boleh memilih sendiri tahap kejayaan masing-masing di atas muka bumi ini. Sebagai contoh, individu A boleh sahaja memilih untuk berjaya tahap 1/10 (skala relatif ) dalam dunia ini kerana menyatakan dirinya hanya ada tahap intelek atau emosi yang rendah (mungkin 1/10 kerana hanya dapat menghabiskan 1/10 tahap akademik purata manusia zaman ini). Apakah kesimpulan dari perkara ini? Fahaman jabariah – merasakan diri tidak mampu dan tidak mungkin untuk berjaya di dunia ini apatah lagi di akhirat, kerana merasakan ‘Tuhan sudah memberikan saya tahap intelek 1/10’. Namun dengan kefahaman yang baik tentang iman pada akhirat, walau teruk manapun tahap intelek atau emosi atau spiritual atau fizikal A, beliau tetapi perlu mencapai tahap kejayaan abadi di akhirat. Beliau perlu berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ini akan refleks kepada usaha kejayaan beliau di dunia – walaupun tidak semestinya berhasil lantaran formula dunia ini tidaklah seadil formula di akhirat. Dunia bukan tempat yang 100% adil. Allah akan melaksanakan pengadilan sebenarnya di akhirat. Dunia hanya tempat ujian dan permainan.

Atas dasar itu, dalam kehidupan, perlu difahami dan dilaksanakan aspek pelbagai dimensi untuk menilai dan menuju kejayaan. Model yang dibina dalam pendidikan, pengurusan, perniagaan atau apa sahaja perlu diasaskan kepada model utuh pelbagai dimensi PIES.  Tanpa kefahaman model pelbagai dimensi, ia akan mewujudkan tekanan antara individu pelbagai dimensi dengan individu yang suka berfikir dengan satu dimensi atau dimensi terhad. Namun adalah menjadi tanggungjawab kepada individu pelbagai dimensi untuk berkongsi dan menerangkan sebaik-baiknya kepada individu dimensi terhad bagi memastikan ia mampu difahami dan disetujui (jika perlu).

Sebagai contoh, individu A boleh sahaja memilih untuk berjaya tahap 1/10 (skala relatif ) dalam dunia ini kerana menyatakan dirinya hanya ada tahap intelek atau emosi yang rendah (mungkin 1/10 kerana hanya dapat menghabiskan 1/10 tahap akademik purata manusia zaman ini). Apakah kesimpulan dari perkara ini? Fahaman jabariah – merasakan diri tidak mampu dan tidak mungkin untuk berjaya di dunia ini apatah lagi di akhirat, kerana merasakan ‘Tuhan sudah memberikan saya tahap intelek 1/10’. Namun dengan kefahaman yang baik tentang iman pada akhirat, walau teruk manapun tahap intelek atau emosi atau spiritual atau fizikal A, beliau tetapi perlu mencapai tahap kejayaan abadi di akhirat. Beliau perlu berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ini akan refleks kepada usaha kejayaan beliau di dunia – walaupun tidak semestinya berhasil lantaran formula dunia ini tidaklah seadil formula di akhirat. Dunia bukan tempat yang 100% adil. Allah akan melaksanakan pengadilan sebenarnya di akhirat. Dunia hanya tempat ujian dan permainan.

Atas dasar itu, dalam kehidupan, perlu difahami dan dilaksanakan aspek pelbagai dimensi untuk menilai dan menuju kejayaan. Model yang dibina dalam pendidikan, pengurusan, perniagaan atau apa sahaja perlu diasaskan kepada model utuh pelbagai dimensi PIES.  Tanpa kefahaman model pelbagai dimensi, ia akan mewujudkan tekanan antara individu pelbagai dimensi dengan individu yang suka berfikir dengan satu dimensi atau dimensi terhad. Namun adalah menjadi tanggungjawab kepada individu pelbagai dimensi untuk berkongsi dan menerangkan sebaik-baiknya kepada individu dimensi terhad bagi memastikan ia mampu difahami dan disetujui (jika perlu).

Sebagai contoh, dalam melaksanakan perniagaan, isu untung atau rugi adalah isu kritikal. Namun kita tidak dapat lari daripada menggunakan model pelbagai dimensi PIES bagi mewujudkan ketenteraman dalam berniaga. Tanpa model PIES ini, kita akan sentiasa curiga, tidak puas hati atau sakit hati atau sentiasa rugi dalam berniaga. Ini kesan negatif pada emosi. Bukankan individu yang berniaga ramai yang inginkan keamanan perasaan? Bukankah mahu menjadi orang yang lebih mampu mengawal keadaan, bukannya dikawal selalu ? bagi individu yang makan gaji, masih boleh mendapat teknik ‘mengawal keadaan’. Tetapi ia bergantung sejauh mana anda mampu melihat dan mempelajarinya.

Lantaran itu, kalau setiap saat dalam berniaga dipenuhi dengan rasa curiga atau bimbang rugi, ia tidak akan memberi laluan besar untuk meningkatkan keimanan. Bimbang ini memang lumrah, tetapi ia sepatutnya tidak ‘membanjiri’ kehidupan seharian seorang peniaga. Oleh itu, perlu difahami bagaimana model pelbagai dimensi PIES di sini yang bagus dan sesuai difahami – serta mampu mencapai standard yang diinginkan oleh Pencipta – bukan sekadar manusia. Standard dari Pencipta tidak pernah lekang atau jauh dari standard manusia yang percaya kepada-Nya. Malah standard Allah –lah yang paling realistik sebenarnya dalam dunia ini – jika difahami dengan sebenar-benar kefahaman. Saya berikan contoh di bawah.

Contoh Makro

Katakan individu A ingin untung RM 20K dalam sebulan. Allah berikan hanya RM 10K. Bagus baginya jika dia tahu dengan RM 20K , berlaku sesuatu tidak baik. Syukur dan sangka baik pada Tuhan.

Dalam senario lain, individu A ingin untung RM 20 K dalam sebulan. Allah beirkan RM 40 K. Baik baginya jika dia tahu duit itu memang akan diperlukan oleh seseorang untuk berbuat amal ibadah yang lain. Syukur dan sangka baik pada Tuhan.

Namun biasanya, individu manusia akan bersyukur dan sangka baik pada Tuhan pada senario 1 atau 2? Anda tahu jawapannya. Ini tidak menunjukkan keadilan. Ini yang dikatakan sebagai kezaliman. Kezaliman dalam diri.

Contoh Mikro

Bila kita ingin membincangkan contoh mikro, ia tertakluk kepada contoh Makro. Tanpa makro, tiadalah sistem. Tanpa sistem, apa sahaja contoh tidak relevan dan tidak realistik. Jadi contoh di bawah akan digarap dengan mengambil kira aspek makro. Namun mikro tidak boleh dipandang lebih rendah. Allah menawarkan syurga (contoh ganjaran makro) dengan membuang duri di tepi jalan (contoh amal mikro)

Bagaimana nak untung setiap item yang ingin dijual ? Ini contoh mikro untuk mencapai untung RM 20K. Perlu dibina sistem pelbagai dimensi untuk memastikan RM 20 K dicapai. Dipastikan formula, kadar bayaran, kadar jual dan jumlah jualan yang cukup. Di sinilah cabaran kepada peniaga.

1. Ingin ramai customer, buat offer. Harga dijual murah (fokus pada aspek fizikal)
2. Ingin untung banyak, jual harga sedikit mahal (fokus pada aspek fizikal)
3. Bimbang kalau jual mahal, customer tak datang (fokus pada aspek fizikal)
4. Bimbang kalau jual murah, rugi (fokus pada aspek fizikal)
5. Abaikan untung orang lain, pasal nanti kita rugi (fokus pada aspek emosi)
6. Tak perlu tolong orang lain, tolong diri sendiri dulu (fokus pada aspek emosi / spiritual)
7. Kos pelbagai yang perlu dikenakan nanti mungkin akan menyebabkan untung sikit atau rugi padahal untuk memahami perkara ini, si individu perlu membaca, mengkaji dan membuat pelbagai homework. Homework P berlainan homework I, E dan S. Tak puas hati P tak sama dengan tak puas hati I, E dan S. (fokus pada aspek intelek)

Dalam beberapa senario di atas, ia adalah dari satu urusan bisnes yang realisitik. Senario di atas tidak boleh berlaku secara terpisah. Ia perlu digabungkan tetapi cabarannya bagaimana mahu buat offer dengan menurunkan harga dan masih memberi komisyen kepada orang lain. Bila nak dapat RM 20 K? Itulah dilema yang berlaku pada peniaga. Dan dilema ini kekadang makin dibesarkan apabila ada orang lain yang akan menambah persoalan-persoanal di atas. Maka ia kembali kepada aspek Makro. Sudah bersedia dengan pemhaman makro ? Kalau tidak, ia mungkin akan menekan seorang peniaga. Inilah kepentingan beriman dalam kehidupan.

Ramai tidak sabar dalam memahami dengan kacamata pelbagai dimensi. Lihat contoh 7 di atas. Kalau ingin bersabar aspek I, si individu perlu membaca dan mengkaji sistem I dalam peniagaan dan beliau ada 2 pilihan untuk untung: kalau formula baik, teruskan. Kalau formula tak baik, baiki. Bagi si penerima cadangan, jangan cepat membuat keputusan atau melatah – walaupun perlu bijak menangani orang yang tak puas hati dalam memberi komen. Nama pun tak puas hati – jadi individu begini kurang sabarnya. Jika disuruh baca dahulu, kaji perasaan dahulu atau ingat Allah dahulu, tentu komen itu akan dinyatakan dengan cara baik dan open ended. Tak kisah kalau komen itu tidak relevan atau tidak diambil kira (bukan maksudnya acuh tak acuh). Tapi kalau betul2 komited dengan komen itu, sila laksanakan aspek I, E dan S. Maka itu menunjukkan anda komited PIES. Kalau komited P sahaja, anda bercakap dengan dunia PIES. Tidak mungkin ia dapat diselesaikan dengan baik. Kalau ada pun penyelesaian, ia hanya jangka masa pendek – yang tidak tentu berjaya.

Semoga Allah memberi kita jalan hikmah bagaimana mampu menilai dunia ini dengan hikmah pelbagai dimensi agar kita tidak mudah tertipu dengan rugi  P2 pada fizikal padahal kita sudah untung E20 pada aspek  emosi atau S200 pada spiritual atau I250 pada intelek. Mahu untung P2 tetapi rugi E20 atau bagaimana? Tepu dada, tanya jasad, otak, hati dan iman anda!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Anda bersedia untuk berjaya?

Anda ingin berjaya? Saya yakin anda ingin berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu boleh sahaja di dunia atau di akhirat. Kejayaan...

Close