Relevankah akhlak pada zaman ini sebagai medium dakwah?


Bahkan akhlak yang tinggi ini dikaitkan dengan peribadi pemimpin dakwah itu sendiri…
“ Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putus. Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang tinggi  “ ( al Qalam :3-4)
Oleh kerana besarnya peranan akhlak yang tinggi, maka Rasulullah SAW melaksanakan program pembinaan akhlak yang berterusan dikalangan para sahabat…….

Matlamat menjadi insan yang mulia, dihormati oleh orang lain serta disegani memerlukan kematangan jiwa yang tinggi dan disokong pula oleh hubungan kerohanian yang mantap.
Sebagai benteng persediaan diri dari sikap keji banyak usaha boleh kita lakukan. Kemuliaan diri akan sentiasa berada bersama kita sekiranya kita mahu mengambil iktibar dan pedoman untuk diteladani.

Akal yang sihat menjurus kearah pembentukan akhlak yang mulia
 Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah

Sebagai contoh, renunglah bagaimana Allah telah mencipta pelbagai makhluk dan kejadian yang cukup istimewa untuk penghayatan dari hambanya yang bernama manusia. Lihatlah lebah makhluk ciptaan Allah. Hayatilah sifat mulia yang lahir darinya. Dari perut lebah terhasilnya madu sebagai penawar bagi manusia.  Lebah memakan hanya dari makanan yang baik-baik sahaja. Akhirnya madu yang terbaik dihasilkan. Namun andai lebah menghinggapi kuntuman bunga yang cantik lebah sekali-kali tidak akan mengotorinya jauh sekali untuk merosakkannya. Semua sifat mulia yang ada pada lebah ini cukup sinonim dalam pembentukkan sifat mulia dan terpuji sebagai seorang insan terutamanya pemimpin dakwah.
Sudah menjadi naluri setiap insan ingin disanjung dan dimuliakan. Keinginan terhadap segala bentuk penghormatan ini akan menjadi realiti dalam kehidupan insan bila mana dia berjaya membentuk akhlak mulia lagi terpuji dan berkualiti tinggi.
 


 
"A journey of a thousand miles must begin with a single step"
Bermula daripada apa yang mampu dilakukan………. Cubalah untuk bertutur kata dengan berhemah. Lahirkanlah patah perkataan yang dapat mendamai dan menteteramkan jiwa orang lain. ”jangan menyebabkan orang berasa janggal dengan kita ”…. Pilihlah kebijaksanaan  dalam tindakan bukannya emosional tanpa pimpinan iman. Tidak ada ruginya kalau mengambil kira pandangan dan nasihat yang berguna dari insan lain malah terkadang ia lebih membantu dalam setiap tindakan. Kemuncak kepada segala sifat kemuliaan ialah dapat memaaf kan setiap kesalahan walaupun berkuasa membalasnya serta sanggup pula menggantikan kejahatan orang lain kepadanya dengan kebaikan yang mencurah-curah.
Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang jahil….(Al A’raaf: 199)

Semua tuntutan akhlak mulia ini sudah cukup untuk mengubati hati yang berdengki, mendamaikan musuh yang berdendam malah dapat menjernihkan kekeruhan jiwa sesama insan. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Fussilat ayat 34 yang bermaksudnya:
Dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumNya ) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) Dengan cara yang lebih baik dan apabila Engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.                                                                                                    
 
Latarbelakang penulis
Mohd Zaid Hassan
Pulau Pinang 
 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menuju Kejayaan – Jangan ‘Confuse’

Ramai yang ingin berjaya. Namun tak ramai yang mampu mencapainya kerana dua perkara:Tidak mengetahui teknik kerjayaan di peringkat manusia -...

Close