2 Jenis Karakter di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini (4 Okt 2007), sempat berbuka puasa dengan rasa syukur kepada Allah s.w.t. (Ar Razzaq) di sebuah masjid. Jam menunjukkan 650 ptg dan rasanya, masih lagi sempat untuk berbuka di masjid. Maka, dengan derasnya, saya menuju ke masjid untuk melaksanakan sunnah; berbuka pada awal waktu. Alhamdulillah sekali lagi kerana sempat untuk berbuka. Masih belum lagi azan.

Hari ini, sangat istimewa sekali kerana saya telah melihat 2 jenis karakter orang yang  berpuasa. 

Seperti biasa, masjid akan menyediakan juadah yang hebat-hebat. . Secara tradisinya, cara makan di masjid ialah dengan memakai dulang. Makanannya pun biasanya penuh satu dulang dan 5 orang harus berada di dalam setiap kumpulan. saya pun mencari-cari kumpulan yang masih belum mendapatkan makanan.

Maka, saya dekati satu kumpulan yang baru sahaja menerima satu dulang yang berisi makanan. Apabila saya sampai sahaja di kumpulan tersebut, saya pun bertanya; masih ada kosong? mereka pun menjawab; sudah penuh. Disini 4 orang dah cukup, sambil mereka menunjuk-nunjuk rakan yang berada di sekitar dulang tersebut.  Pada ketika itu, saya tertanya-tanya dalam diri saya; waktu berbuka hampir tiba. Satu dulang hanya 4 orang dan mereka katakan sudah penuh?

saya berasa tidak selesa dan terasa terasing pula. dan saya pun bertanya lagi kepada diri saya lagi; bolehkah mereka menghabiskan satu dulang itu sedangkan satu dulang dengan kapasiti nasi yang begitu banyak, mereka sudah katakan sudah penuh?

Saya pun beralih pada satu kumpulan lagi. Kumpulan yang baru ini nampak lain sikit kerana saya lihat macam satu keluarga. Saya pun mulakan berta’aruf. Bila sudah bermesra, barulah saya tahu bahawa mereka sebenarnya terdiri dari anak beranak. Kumpulan ini agak berlainan dari kumpulan yang pertama tadi. Walaupun mereka satu keluarga, mereka nampak seperti satu kumpulan yang hebat! Semasa saya berbual, azan pun berkumandang dan kami pun mulakan dengan membaca doa. Pada ketika itu juga, kumpulan kami masih belum dapat makanan dan saya pula pada ketika itu tidak ada air dan tidak ada apa2 untuk berbuka. Tiba-tiba, ayah kepada anak beranak ini memberikan cawanya yang berisi air teh kepada saya kerana pada ketika itu dia perasan yang saya tidak berbuka dengan sempurna.  Dia menyuruh saya minum air yang dimilikinya itu dan ayah tersebut berkongsi dengan anaknya. Wah! hebat betul akhlak lelaki ini. Dia amat empati dengan saya pada ketika itu.  Dia juga memberikan buah pisang (disediakan oleh pihak masjid) kepada saya. Wah! saya kata, inilah kesan tarbiyyah ramadhan kepada lelaki ini sehinggakan dia mampu melahirkan rasa empati yang luar biasa! Puasa lelaki ini mampu melahirkan emotional quotient  (EQ) yang hebat

Saya teringat pada kumpulan pertama tadi. Mereka langsung tidak menghiraukan keadaan orang yang memerlukan pada saat itu. Mereka cuma mahukan makanan yang banyak sehinggakan kadar yang telah di tetapkan untuk dihabiskan dalam satu dulang sekurang-kurangnya 5  dijadikan 4 orang sahaja. Wah, sifat ini tidak wajar berlaku dalam bulan ramadhan!

 

Sabda Rasulullah s.a.w.

Puasa adalah perisai

Rugilah seseorang itu jika mereka berada di dalam bulan ramadhan, mereka cuma mencapat lapar dan dahaga

Saya menggambarkan diri saya sebenarnya. Adakah puasa kita selama ini mendapat perhatian dari Allah s.w.t. ? Dan adakah sifat kita telah dibentuk dengan acuan tarbiyyah Ramadhan ini?

 

 

wallahualam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Relevankah akhlak pada zaman ini sebagai medium dakwah?

Sekiranya di teliti susur galur sejarah perjuangan Rasulullah SAW kita dapat lihat beberapa  aspek penekanan yang sangat dipertekankan oleh  Rasulullah...

Close