Pelbagai bentuk ‘short cut’

PIES. CASIC. Legasi. Apakah yang sama antara 3 perkataan ini ? Ia adalah kependekan atau ‘short cut’.

Ramai manusia suka ‘short cut’ kerana ia menggunakan sumber tenaga yang minimum.

 

Short cut ini berperanan sebagai pemudah cara dan kunci kepada pintu khazanah yang pelbagai.

Berikut dinyatakan pelbagai short cut dalam kehidupan untuk potensi kita memahami dan menangkap sesuatu konsep dengan mudah dan segera:

Fizikal : Akronim. Apabila kita perhatikan PIES atau CASIC, ia mudah dihafaz. Ia mempunyai singkatan dalam bentuk fizikal perkataan itu sendiri.

Intelektual : Penggunaan terma baru dengan sarat nilai yang luas. Seperti Legasi yang digunakan dalam web ini.

Emosi: Pengalaman untuk belajar. Experiential learning amat penting dalam membina ‘short cut’ dalam kehidupan. Itu sebabnya pengalaman yang dibina oleh diri kita akan menjadi asas ‘segera’ untuk kita menaakul sesuatu perkara dalam kehidupan.

Spiritual: Ayat Quran dan Hadith. Apabila kita menghafaz ayat Quran atau hadith lantas difahami dengan baik, ia akan membina ‘anchor’ dalam kehidupan kita ketika orang lain mungkin tidak yakin atau masih mengira-ngira apakah keputusan atau tindakan yang perlu dibuat.

Apakah ‘short cut’ yang tidak dibenarkan ?

Yang kurang sesuai ialah apabila ‘short cut’ tersebut membawa kepada nilai spiritual padahal ia tidak ada asas pada dimensi spiritual. Sebagai contoh, kalau saya ingin bersyukur, saya perlu letakkan ‘gratitude rock’ dalam walet atau beg saya. Ini bertentangan dengan konsep ‘anchoring’ dalam minda kita kerana kalau kita menggunakan elemen fizikal untuk membawa nilai spiritual tanpa asas, kita mungkin akan mengelirukan generasi akan datang samada yang penting ialah spiritual itu sendiri atau ramai akan bergantung kepada elemen fizikal sahaja.

Ini berlaku dalam pengamalan tangkal dan gambar-gambar yang digantung kerana dirasakan ia akan mendatangkan keberkatan.

Apa yang boleh dibuat ialah kita banyakkan ‘short cut’ dalam bentuk idea samada menggunakan pendekatan fizikal, intelek, emosi atau spiritual. Makin banyak ia dalam kehidupan kita, ia akan menjadi tool yang akan memudahkan kita bertukang sebuah kehidupan yang sejahtera dan berjaya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Rindu pada Syeikh Yusuf Estes

Saya rindu pada Syeikh Yusuf Estes selepas menonton satu klip. Saya rindu menggamit pengalaman duduk bersama dengan beliau sambil beliau

Close