01 Connect

Antara ‘integriti’ dan ‘dosa’

Saya hari ini bertemu 2 individu hebat. Seorang adalah pengarah yang bermula sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan. Beliau mengingatkan konsep ‘dosa’ semasa kami berbual. Beliau tidak seagama dengan saya. Manakala seorang lagi yang seagama dengan saya, seorang jurutera yang sudah berpengalaman luas. Beliau ada modul latihan berkaitan ‘integriti’. Beliau ingin menekankan konsep ‘integriti’ dalam program yang beliau laksanakan. Seorang bukan beragama Islam berbincang tentang ‘dosa’, seorang lagi membawa perkataan yang biasa didengari oleh siapa sahaja di jabatan kerajaan atau swasta:  ‘integriti’.

Saya cuba elakkan pada awalnya menggunakan perkataan ‘Islamik’ ketika bersama si pengarah yang bukan beragama sama dengan saya untuk saya memahami beliau dahulu. Saya gunakan perkataan ‘Islamik’ ketika bersama rakan jurulatih yang sama dengan agama saya.

 

Amanah dalam kehidupan

Rupa-rupanya dua-dua ada sebab masing-masing untuk membawa konsep yang sama – amanah dalam melaksanakan tugas. Perkataan amanah sering dipandang enteng, hingga si pengarah perlu mengingatkan bab ‘dosa’ di dalam mesyuarat walaupun konsep itu lebih-lebih ditekankan dalam agama Islam. Pengalaman sahabat jurulatih yang pernah terlibat dalam dunia bisnes minyak dan gas ini juga mengetengahkan realiti ‘rasuah’ yang banyak sebagai barah no 5 dalam agensi pelbagai di Malaysia.

Jika si pengarah prihatin tentang budaya amanah secara luas, si jurulatih ada fakta dan teknik bagaimana nilai amanah ini perlu disampaikan dalam latihan. Amanah bukan sekadar konsep – tetapi ada teknik praktikal bagi setiap individu yang inginkan kejayaan. Ramai manusia merasakan diri ‘baik’ dan mudah melihat ‘silap orang’ dalam kehidupan seharian.

Dalam bukunya Predictably Irrational, Dan Arielly menyatakan realiti manusia yang sudah beli sesuatu perkara akan berasional dengan dirinya ‘apa yang yang beli ini lebih berbaloi dan amat sesuai dengan wang yang sudah saya belanjakan’ walaupun sebuah kereta bernilai RM 30,000 dibayar RM 50,000 atau lebih dengan pinjaman yang dibuat bagi jangkamasa 7 atau 9 tahun. Poinnya: apa yang ada pada diri kita akan difikirkan baik untuk rasa baik (feel good).

Teknik mengesan barah dosa

Dalam Islam, ada konsep dosa kecil atau dosa besar.  Dosa adalah barah spiritual.

Jika dilebarkan lagi, isu rasuah boleh diletakkan pada Barah Peringkat 5, kata rakan jurulatih saya. Ia mungkin sukar diubati dengan makan panadol atau urut di kaki. Antara strategi ialah potong sahaja.

Barah Peringkat 1 bermula dengan masuk lewat ke tempat kerja atau mengambil mudah apa yang dilaksanakan dalam kerja.

Ada Barah peringkat 2,3 dan 4. Pada peringkat nombor 4, proses chemoterapy mungkin masih berfungsi untuk menyembuhkannya.

Jangan sampai terkejut besok ada Barah Peringkat 5

Saya mencelah. “Jangan terkejut kalau di peringkat ustaz, penceramah Islamik dan orang-orang baik boleh terkena Barah Peringkat 5.”

Bagaimana ?

Apabila ‘dosa’ lewat ke tempat kerja dianggap mudah, atau isu integriti hanya berlaku apabila mengambil duit di bawah meja. Mengambil ‘masa’ di kafeteria atau menggunakan telefon pejabat untuk urusan personal adalah bibit barah yang boleh membunuh hati spiritual yang inginkan kesejahteraan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pelbagai bentuk ‘short cut’

PIES. CASIC. Legasi. Apakah yang sama antara 3 perkataan ini ? Ia adalah kependekan atau 'short cut'. Ramai manusia suka

Close