Coach melatih dalam bentuk soalan

Ada banyak bentuk soalan dalam kehidupan. Ada soalan yang boleh didengar menggunakan telinga fizikal. Itu sahajakah ? Tidak semestinya. Ada beberapa dimensi soalan dalam kehidupan. Mari kita perhatikan.

Fizikal

Soalan fizikal ialah soalan yang boleh didengar oleh telinga. Soalan perlu dijawab atau diproses.

Intelektual

Soalan intelektual boleh didengar oleh intelektual. Apakah soalan intelektual? Apa-apa sahaja yang perlu dijawab atau diproses oleh intelektual seseorang. Ilmu misal atau motivasi melalui perumpamaan amat membantu kerana ia memberi minda untuk menjawab dan meletakkan dalam perspektif yang tepat pada pemikir. Jika ada kaedah berfikir atau tool, ini juga akan memberi soalan kepada pendengar untuk memproses.

Emosi dan praktikal

Soalan emosi boleh didengar oleh emosi secara praktikal. Ia melibatkan pengalaman dan perasaan lepas dan akan datang. Kaedah visualisasi dan recall membantu kaedah ini.

Spiritual

Soalan spiritual bercakap tentang matlamat hidup yang sebenarnya – bukan sekadar dari diri sendiri tetapi yang sepatutnya dalam kehidupan. Ia memerlukan kemahiran pemikiran sistemik untuk menganalisis dengan sumber 5 bukti:

  • Dalil hissi
  • Dalil aqli
  • Dalil tarikhi
  • Dalil naqli
  • Dalil fitri
Anda bersedia menjadi coach ?

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tool 10: The Discovery Model

Close