Mengapa ‘coach’ menjerit di luar padang?

Terengganu baru menumpaskan Kelantan. Barcelona mengalahkan Manchester United. Dalam kemenangan yang diraikan, kita memerhatikan seorang insan yang penting sambil terloncat-loncat di luar padang. Tugasnya menjerit ke dalam padang kepada pemain-pemain yang sedang berhempas pulas. Individu ini dikenali sebagai coach. Mengapa ia menjerit dan banyak mengeluarkan arahan ? Kalau bijak sangat, mengapa tidak si coach masuk sahaja ke dalam padang dan beraksi hebat memastikan gol tidak ditanduk ke pintu gawang sendiri ?

Inilah sebenarnya tugas seorang coach. Secara ringkas:

  • Coach mempunyai pandangan lebih luas berbanding pemain di dalam padang
  • Coach mahu kejayaan, dan tidak semestinya bertindak melaksanakan segala perkara dalam menuntut kejayaan.
  • Yang paling penting: si coach tidak berpeluang dan berpotensi sama handal dengan pemain dalam padang. Si coach paling layak diletak di luar padang untuk memberi nasihat kepada individu yang beraksi di medan.

Begitu juga coach dalam kehidupan. Coach ini bertugas untuk memberi nasihat dan menunjuk arah bagaimana mengoptimumkan potensi individu yang di-coach. Kalau seorang guru besar memberi coaching kepada si anak murid tahun 6, si guru besar tidak lagi berpeluang untuk menjadi Tahun 6. Namun si murid ini perlu ditunjuk ajar untuk mencapai kejayaan pada kapasitinya.

Atas dasar itu, untuk memimpin potensi berlainan, kemahiran coaching amat diperlukan. Mentor dan kaunselor amat berlainan dengan tugas seorang coach. Ia ada kemahiran tersendiri dan tujuan unik. Ramai orang perlukan coach, seperti mana nabi menjadi coach kepada sahabat sehingga sahabat tetap handal walaupun sudah perginya coach yang memberi inspirasi kepada mereka. Coach tidak memberi jawapan, tetapi sering handal membawakan persoalan kejayaan untuk ‘coachee’.

Siapa coach anda?

Artikel ini ialah sebahagian kandungan program CASIC Coaching yang diadakan. Berminat? http://www.facebook.com/event.php?eid=179107272143975

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengurus Kejayaan

  Ada waktunya kita akan bertanya mengapa kita sering gagal dalam mencapai kejayaan dalam hidup setelah banyak tenaga, fikiran dan

Close