Lepaskan kepada Allah


Hidup ini seperti musafir yang melintas.

Tidak akan cinta sangat dengan hotel yang cantik.
Tidak cinta sangat dengan makanan yang sedap.
Tidak boleh disimpan sangat keseronokan duduk dalam Boeing 777.

Ambil mana yang patut.
Itulah kehidupan di dunia.

Dalam membuat persediaan musafir ke Turki ini, ia seperti mahu berhijrah – walaupun sementara.
Akan ditinggalkan keluarga 7 hari.
Akan ditinggalkan syarikat 7 hari
Akan ditinggalkan barang-barang 7 hari
Yang dibawa mana yang diperlukan

turki (1)

Musafir ini amat perlu untuk mengalirkan diri yang kekadang bergulat dengan putaran kehidupan yang amat merobotkan.

Padahal memang tahu kita akan pergi ke daerah sana. Namun putaran robot itu kekadang menyebabkan kita tidak boleh keluar dari kemelut itu. Hidup bersungguh-sungguh itu amat penting dan dalam masa yang sama perlu disedari bahawa pada bila-bila masa sahaja diri ini akan dipanggil.

Akan ditinggalkan anak keluarga.
Apa yang ada sekarang akan ditinggalkan.
Syarikat yang ada akan ditinggalkan.

Lepaskan kepada Allah.
Bermusafirlah
Bekalan terbaik ialah taqwa. Untuk bekalan di daerah sana. 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bosan – Mencari Makna

Saya terbaca satu banner 'I am bored'. Diselitkan dengan idea kreatif dan tarian Zumba untuk mengelakkan bosan. Benarkah cara begitu?...

Close