Hikmah Allah dalam Menurunkan Adam ke Bumi


  • Kebaikan sesuatu akan tampak melalui lawannya – Allah ingin membuat Adam dan keturunannya merasakan kehidupan dunia dengan segala kesusahan, keresahan  dan kesulitan di dalamnya, yang semua itu menjadi standard masuknya mereka ke syurga di akhirat kelak. Seandainya mereka hidup di syurga, maka mereka tidak akan dapat mengetahui agungnya syurga. Allah SWT ingin memerintah, melarang dan menguji mereka, sedangkan syurga bukanlah tempat untuk menerima beban taklif (paksaan), kerana itu Allahh menurunkan mereka ke bumi.
  • Allah menawarkan mereka sebaik-baik balasan. Tidak mungkin ia diperoleh tanpa ada perintah atau larangan.
  • Allah ingin memilih tokoh atau yang dicintai-Nya. Di antara mereka ada nabi, rasul, wali dan syuhada yang Dia cintai serta mereka mencintai-Nya. Maka Allah membaurkan mereka dengan musuh-musuh-Nya dan menguji mereka dengan musuh-musuh itu. Tatkala mereka lebih memilih Allah SWT, mengorbankan jiwa dan harta mereka demi keredaan dan kecintaan-Nya, maka mereka memperoleh kecintaan dan keridaanNya serta kedekatan dengan-Nya, yang tidak mungkin diraih tanpa pengorbanan tersebut. Kerasulan, kenabian, syahid, cinta, marah, keberpihakan kepada wali-wali-Nya dan membenci musuh-musuh-Nya kerana Dia semata-mata, merupakan derajat yang paling mulia di sisiNya. Semua ini tidak mungkin  wujud  kecuali dengan cara yang telah diatur dan diputuskanNya. Iaitu menurunkan Adam ke bumi dan menjadikan kehidupan serta kehidupan anak cucunya dalamnya.

Facebook Comments:

2 Comments

  1. hairolkamal says:

    Salam tuan,
    Tidak bersetuju dengan tajuk artikel ini “Rahsia Allah….” kerana kalau ianya Rahsia Allah, siapalah kita yang mungkin dapat mengetahuinya….mungkin lebih baik digunakan “Hikmah atau yg selainnya…”, ..sekadar pandangan

Leave a Reply

Read previous post:
Kata Pengantar Muhaqqiq MDS

Kitab yang ada di hadapan pembaca yang mulia merupakan salah satu buku yang ditulis oleh seorang pengarang besar iaitu Ibnu...

Close