Umum

Bosan – Mencari Makna

Saya terbaca satu banner ‘I am bored’. Diselitkan dengan idea kreatif dan tarian Zumba untuk mengelakkan bosan. Benarkah cara begitu? Apa maksud dan intipati BOSAN? Mengapa kita amat bersemangat semalam dan hari ini terpinga-pinga apa yang ingin dibuat ketika cuti hari Sabtu?.

happyBosan berlaku apabila yang berlaku pada diri kurang MAKNA. Tidak menarik. Makan sedap menarik, tetapi kalau asyik makan sedap sahaja ia tidak meninggalkan makna. Suka makan kueteow kerang, tetapi apa akan jadi kalau setiap masa asyik makn kueteow kerang? BOSAN! Sudah tidak bermakna lagi.

Bagaimana untuk mewujudkan MAKNA dalam kehidupan? Isikan dengan pelbagai aktiviti pada masa sesuai untuk fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Ada masa untuk makan BURGER sedap. Ada MAKNA.

Selepas itu baca buku, cari MAKNA.

Selepas itu luangkan masa bersama kawan atau anak, akan makin berMAKNA.

Pada waktu Dhuha atau Zuhur, ambil masa untuk solat bagi memberi MAKNA pada spiritual.

Hakikat Makna

Makna boleh jadi berbentuk biasa-biasa. Untuk keseronokan sekejap. Ada yang boleh memberi MAKNA jangka masa panjang.

Individu yang mengambil rokok mendapat MAKNA untuk jangka masa sekejap.

Namun dalam jangka masa lama, ia akan cepat hilang MAKNA.

Individu yang menggabungkan aktiviti berMAKNA yang konsisten diidami oleh fizikal, intelek, emosi dan spiritual itu akan menatijahkan MAKNA yang tersendiri. Tetap istiqamah dan seronok walaupun keadaan di sekitar sudah lagi tidak menghargai atau bertepuk tangan menyorak.

Jika aktiviti MAKNA ini tidak dipilih dengan jelas, ia akan menyebabkan kita seronok dan ceria di khalayak, namun bosan ketika keseorangan. Awas! Syaitan menunggu orang bosan keseorangan untuk melawan titah Tuhan. Jangan biarkan kita bosan di peringkat individu atau umum – dengan sentiasa zikir dan syukur seperti mana dinyatakan dalam Surah alFurqan ayat 62.

Dengan zikir dan syukur, MAKNA akan selalu hadir dalam diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Manfaat bukan sekadar latihan minda, tetapi emosi

"Apakah manfaat daripada sebatang pokok kelapa?" "Apakah manfaat dengan hadir ke program ini?" Soalan begini boleh dijawab dengan pelbagai jawapan

Close