Manfaat bukan sekadar latihan minda, tetapi emosi

“Apakah manfaat daripada sebatang pokok kelapa?”

“Apakah manfaat dengan hadir ke program ini?”

Soalan begini boleh dijawab dengan pelbagai jawapan intelektual. Namun manfaat sebenarnya bukanlah sekadar ‘brain exercise’ yang biasa dilakukan oleh anak-anak ketika di sekolah menengah menjawab peperiksaan. Manfaat adalah sesuatu yang benar-benar memberi kesan kepada emosi atau perasaan kita sehingga ia membuatkan kita kagum dan ingin melaksanakan sesuatu.

Manfaat intelektual, manfaat emosi sebatang pokok kelapa

Dari segi intelektual, banyak manfaat pokok kelapa yang boleh dikeluarkan.

Dari segi emosi, ia akan menyusup ke dalam. Sebatang pokok kelapa itu akan mengeluarkan pelbagai pengalaman dan cerita yang akan menyebabkan ia dekat dengan hati. Sebatang pokok kelapa itu menjadi sumber santan dan jualan ketika saya masih kecil dulu. Dengan sebatang pokok kelapa itu, saya ada upih untuk bermain kereta upih. Dengan sebatang pokok kelapa, saya merasakan kedamaian dan kebebasan diri dengan asas yang kuat mengakar di bumi.

Itulah manfaat sebenar. Manfaat dilihat dari kacamata emosi. Saya dan pengalaman hidup pada masa lalu dan yang akan datang.

Beringat itu memberi manfaat kepada orang beriman

Ayat 51:55 adalah ayat yang penting berkaitan konsep manfaat.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51: 55)

Peringatan itu dalam bentuk pelbagai. Paling tinggi ialah tazkirah dengan zikir dari Allah – alQuran.

Apabila al-Quran dibacakan dengan berulang kali, ia wajib memberi manfaat kepada orang beriman. Manfaat akan dikeluarkan. Manfaat itu dari segi intelek adalah sah. Lebih penting dari itu ialah aspek emosi dan keterkaitan dengan Allah. Hubungan dengan Allah akan makin dekat apabila membaca ayat kalam Allah ini. Jika ia menyebabkan resah gelisah, itu petanda al-Quran itu tidak bermanfaat. Apakah masalah Quran atau orang yang berinteraksi dengannya? Jawapannya jelas. Masalah pada orangnya.

Ia seperti kita mendapat segelas air ketika batuk. Jika diminum, batuk hilang – air itu bermanfaat. Jika air itu diminum namun si penceramah masih batuk, air itu tidak bermanfaat atau memberi kesan kepada si penceramah. Siapakah yang bermasalah? Sudah tentu penceramah kerana batuknya krokik atau memerlukan sumber ubat lain.

al-Quran tidak memberi manfaat apabila si individu itu tidak percaya al-Quran itu akan memberi manfaat atau dia tidak tahu di manakah manfaat itu wujud.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Maryam berkata: Alangkah baiknya mati

Nabi Zakaria terkenal dengan kebaikannya dan kesungguhan menyampaikan mesej tauhid. Nabi Zakaria tiada anak hingga usia lanjut. Amat sedih bagi

Close