Bukan tidak mahu..tetapi kerana prioriti

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang boleh dan perlu dilaksanakan. Namun adakah semua itu mampu ? Secara ideal di peringkat awal usia bawah 20, ramai yang merasakan ‘aku mampu berbuat semua perkara’. Pada masa itu, kesihatan fizikal tinggi. Nafasnya mencungap deras – bukti kemampuan. Namun ini tidak seperti yang disangka. Apabila umur bertambah, tanggungjawab juga bertambah. Ada prioriti yang perlu diletakkan. Akhirnya ?

Sudah tentu pelbagai tanggungjawab yang boleh didelegasikan pada orang lain, akan diserahkan. Jika ada yang inginkan kepakaran atau kelebihan seseorang untuk membimbingnya atau memberi khidmat, perlu diberikan kepada orang lain. Inilah hakikat dalam kehidupan kerana ada prioriti dalam kehidupan.

Bagi individu di sekeliling, yang penting kejayaan perlu diteruskan menggunakan sumber yang ada di sekeliling. Jangan hanya menanti Nabi Muhammad untuk hadir, barulah kejayaan akan ditempa. Namun peganglah kepada isi dan individu pewarisnya yang akan membimbing.

Jika ini tidak diakui atau acknowledged, ia akan menyebabkan kita kecewa. Padahal banyak kejayaan dan legasi yang perlu dibina dan ditempa setiap saat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila mahu 'disconnect'?

Salah satu cabaran dalam kehidupan ialah momentum PIES. Apa momentum PIES? Jika anda asyik menggunakan internet atau duduk di depan

Close