Bila mahu 'disconnect'?



Salah satu cabaran dalam kehidupan ialah momentum PIES. Apa momentum PIES? Jika anda asyik menggunakan internet atau duduk di depan komputer, anda akan sukar untuk melepaskannya walaupun sudah tiba waktu makan. Inilah yang dinamakan momentum PIES – berlaku kepada mana-mana aspek dalam diri manusia. Pada masa ini, diri kita ‘connected’ atau amat terhubung dengan apa yang kita laksanakan secara fizikal, intelek, emosi dan mungkin juga spiritual.  Bagaimana mahu disconnect? Kita kaji dimensi masa dan ruang.

1. Ruang

Anda di mana ? Jika anda berada di rumah atau di cyber cafe, tentu ada orang lain. Anda tidak mahu bercakap dengan si anak atau pasangan anda, hanya kerana ada internet yang amat mengasyikkan?

2. Masa

Jika ia sudah masa untuk makan, atau untuk berjalan-jalan, anda tetap mahu duduk depan internet atau teruskan apa yang anda buat ? Sudah tentu ia bergantung kepada halatuju atau tujuan kehidupan anda. Purpose.

Purpose

Purpose ini ada kaitan dengan spriritual.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba duit, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak duit.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba PhD, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak PhD.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba pangkat, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak pangkat.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba Tuhan Yang Satu, maka anda mungkin tidak meneruskan apa yang dibuat sekarang kerana Yang Esa suka sesuatu itu dibuat mengikut kadarnya. Masa untuk makan, minum, bersama keluarga, solat, bersenam, tersenyum dan sebagainya ada masa tertentu.

Jika anda ingat purpose utama anda, akan mudah untuk disconnect daripada apa yang anda buat sekarang. Semoga terus berjaya.

Facebook Comments:

Leave a Comment