Mahu kasih sayang? RM 100/hari….

Sistem keluarga adalah sistem berasaskan norma sosial (social norms). Adakah keluarga boleh hidup dengan norma pasaran (market norms)? Sudah tentu ia tidak sesuai. Begini contoh jika keluarga berasaskan market norms:

  • Mahu kasih sayang? Bayar saya RM 100/ hari
  • Mahu saya tolong basuh pinggan ? Bayar saya RM 30/jam
  • Mahu saya mandikan anak? Bayar saya RM 30/jam
  • Mahu saya gosokkan baju? Sehelai RM 5
  • Mahu saya basuh kereta? RM 10 sekali basuh
  • Mahu saya masak makanan ? RM 30 / dish
  • Mahu saya keluar mencari makanan di restoran? RM 40 service fee.
  • Mahu saya kemas bilik tidur ? RM 30/hari
  • Kalau ingin naik kereta saya, sewa RM 100/hari
  • Kalau ingin tumpang di rumah sewa saya, RM 50/ hari
  • Ingin berjalan-jalan dengan saya? Bayar RM 30/jam
  • Mahu tidur dengan saya ? Bayar RM 500/ malam.

Betapa teruknya sistem keluarga dijaga dengan sistem pasaran. Malah sistem bisnes juga ingin menerapkan sistem norma sosial. Sudah tentu sistem keluarga akan menjadi amat teruk apabila ia dinilai dengan norma pasaran.

Mungkinkah jadi begini?

Apabila kehidupan dalam dunia ini dipengaruhi oleh material atau duit, maka ini tidak mustahil berlaku. Apabila pandangan mata ialah berasaskan nilai fizikal atau pasaran, maka nilai sosial yang menitikberatkan intelek, emosi dan spiritual boleh musnah dan punah. Banyak kes yang berlaku di dunia ini yang menuju ke arah ini – di mana salah seorang dari pasangan tidak bersyukur dengan apa yang ada lantas diterjemahkan ke dalam sistem norma pasaran. Kerana si suami tidak berbuat sesuatu, si isteri menuntut untuk dibayar ‘pampasan’ atas kerja yang dibuat.  Jika si isteri tidak membantu berbuat sesuatu, si suami menuntut ‘saya sudah beri nafkah’ dan sebagainya. Amat buruk jika ini berlaku, apatah lagi apabila Rasul menyatakan:

Bukhari 7.62.125

“Lalu kulihat Api (neraka), dan aku belum pernah melihat sebelumnya pemandangan yang sangat mengerikan, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Orang2 bertanya, “O Rasul Allah! Mengapa begitu?” Dia menjawab, “Karena mereka tidak bersyukur.” Dikatakan, “Apakah mereka tidak percaya pada Allah (apakah mereka tidak bersyukur pada Allah)?” Dia menjawab, “Mereka tidak berterima kasih kepada suami2 mereka dan tidak bersyukur untuk kebaikan yang dilakukan pada mereka. Bahkan jika kau berbuat baik pada satu di antara mereka seumur hidupmu, jika dia menerima kekerasan darimu, dia akan berkata, “Aku tidak pernah melihat satu pun hal yang baik darimu.’ “

Nurseri yang meminta tambahan

Malah kalaupun nurseri beroperasi berasaskan norma pasaran, ia tidak semestinya bagus untuk menjadikan semua perkara berasaskan nilai ini. Apa akan jadi kalau jika anda lambat mengambil anak, anda akan didenda dengan RM 1 / minit? Anda pasti tidak menerima hakikat ini – mungkin mengeluarkan si anak daripada nurseri mata duitan tersebut. Kelambatan boleh didenda dengan kaedah norma sosial seperti menegur dengan baik. Bukan didenda dengan duit.

Atau bagi yang berduit, dibiarkan si anak selama 1200 minit lambat kerana si bapa boleh membayarnya. Apa jadi pada anda sebagai penjaga nurseri? Anda tidak boleh menafikan penjagaan selama 20 jam tambahan tersebut kerana anda dibayar. Malah si bapa boleh membawa kepada mahkamah kalau si penjaga nurseri tidak menjaganya. Bukankah buruk kesan hidup dengan norma pasaran sahaja? Norma pasaran hanya digunakan sedikit dalam kehidupan. Ia tidak boleh dijadikan agenda dunia kerana akhirnya manusia hanya bernilai dalam bentuk RM , bukan kerana nilai intelek, emosi atau spirituilnya.

Ada masalah sosial, elakkan dendaan pasaran

Jika anak anda berbuat silap, elakkan didenda RM 1 setiap kesalahan. Nanti diingatnya bahawa dia boleh buat silap selalu kerana dia simpan wang belanja.

Jika hubungan si suami isteri ada masalah, elakkan si suami mengungkit bab duit. Si isteri juga jangan mula berkata sedemikian. Apabila hari anda bermula dengan ‘duit’, maka keluarga anda akan menjadi mata duitan. Walaupun anda ada nilai spirituil yang ingin dibangunkan, jangan bercakap pasal duit kecuali ia adalah untuk beramal sedekah yang tidak menyebabkan tekanan kepada setiap individu.

Jika ada tugas dalam keluarga yang tidak selesai, dan ada yang merasakan ia melaksanakan tugas lebih dari yang lain, diskusilah dengan baik – bukan diberi arahan tidak tentu pasal, atau dimarah-marahkan pasangan malah lebih teruk – bayar saya kalau saya menjaga anak. Perkataan ini boleh keluar dari mulut si suami atau isteri. Apabila ia keluar dengan nilai RM yang khusus atau cuba memberi klu, saya perlukan gaji untuk mengangkat sampah, maka bermulalah detik norma pasaran. Masing-masing akan berkira-kira dan segan untuk meminta pertolongan dari yang lain. Kalau si pasangan malas, itu hanya menyakitkan hati salah seorang darinya – namun akan sembuh bila si pasangan menjadi rajin. Namun kalau disebabkan malas itu menyebabkan si isteri atau suami menuntut – pasal awak tak buat, beri saya RM 10 untuk membuang sampah, maka bermulalah sesuatu yang tidak wajar dalam sebuah keluarga.

Si penceramah meminta si suami bayar si isteri

Kekadang ada penceramah atau pakar motivasi yang menyatakan : si isteri boleh meminta gaji dari si suami untuk melaksanakan tugas masak, mengemas rumah dan sebagainya. Mana dalil perkara ini? Apabila penceramah masuk radio atau terpampang di internet, dan ramai pendengar yang mengiakan perkara ini, maka bermula episod menuntut dari si suami : “bang, sepatutnya si isteri dibayar gaji untuk masak, mengemas rumah dan menjaga anak”.

Inilah kesan apabila penceramah beria-ia mempertahankan hak si isteri sehingga berdalil dengan akal. Kalaulah itu hakikatnya, Rasul paling awal akan membayar isteri baginda kerana banyak berkorban.  Atau Khadijah tidak cukup berkorban? Kalau itulah hakikatnya, Ali akan paling awal membayar gaji Fatimah. Mereka tidak boleh menjadi contohkah? Mereka tidak mampu menjadi suami mithalikah? Mereka miskin sangatkah? Atau Khadijah dan Fatimah tidak masak untuk suami mereka?

Biusan material melanda

Bius material ada di mana-mana. Kajian menunjukkan norma sosial mampu menyelesaikan banyak masalah. Norma pasaran akan merosakkan sistem masyarakat, keluarga dan individu. Jika kebahagian di cari dalam hidup, norma sosial perlu digalas dengan spirituil yang mantap.Norma pasaran atau hidup berasaskan duit perlu dikikis dalam kehidupan sosial. Jika diperlukan, ia hanya pada tempat dan masa yang sesuai. Jika si ibu memasak makanan yang sedap untuk si anak-anak yang pulang bercuti raya, lantas ditayangkan RM 50 oleh si anak bongsu untuk ibu kerana memasak makanan begitu sedap, mungkin anda tidak berpeluang merasai masakan emak tahun depan. Semurah itukah kasih sayang si ibu?

Facebook Comments:

3 thoughts on “Mahu kasih sayang? RM 100/hari….

  • August 27, 2010 at 8:45 am
    Permalink

    Teringat Ustazah kat sekolah menengah cakap perkara yg sama, kewajipan melakukan kerja rumah adalah pada suami. Kalau suami suruh isteri yg lakukan, suami kena bayar gaji / upah. Hujah, Allahu ‘alam, terlupa sudah.

    We are in the era of materialism and we tend to use economics to make sense our world. Dan kalau masalah hidup cuba diselesaikan dgn pemikiran ekonomi, ia akan terbitkan lebih byk masalah. Ekonomi / duit itu sendiri sebahagian dari masalah, macm mana masalah akan selesaikan masalah?

    Kita mungkin perlu pendekatan sosial, setiap manusia saling berhubungan. Satu drpd ahli sosial menghadapi mslh, yg lain akan terasa sakit bersama dan perlu bersama membantu. Empati yg disandarkan kpd Tuhan.

    Allahu a’lam.

    Reply
  • August 27, 2010 at 4:38 pm
    Permalink

    A’kum,

    Satu kupasan yang menarik. Inilah penyakit masyarakat zaman ini. Segala-galanya dinilai dengan wang ringgit. Hatta kasih sayang boleh dijual beli mengikut kemampuan! Selalu kita dengar ungkapan ini” Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan Wang!” Amat dahsyat jika difikirkan dengan hati dan iman tapi amat logik jika berfikir dengan akal tanpa kesedaran. Oleh itu untuk hidup dengan tenang sentiasalah amalkan sikap hening, sabar, redho dan ikhlas kerana mengamalkan sikap ini dalam kehidupan harian akan membantu merawat penyakit yang berpunca daripada amalan sikap yang negatif.

    Reply
  • September 1, 2010 at 7:08 pm
    Permalink

    Oh dunia kapitalis~

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Shared Vision In The Fifth Discipline

From Peter M Senge in his bestseller book The Fifth Discpline. A shared vision is not an idea. It is

Close