Bagaimana kalau rasa tidak berdaya – victimization


Pernahkah anda rasa anda tidak mampu buat apa-apa dalam menghadapi sebarang masalah? Ada buntu dan ‘helplessness’? Jika ada rasa begitu, anda berada dalam keadaan victimization – menurut Dr Feryad dalam bukunya Therapy from the Quran & Ahadith.

Selain itu, individu yang mengalami ‘victimization’ cuba untuk menangguhkan tanggungjawab untuk berubah dan berharap ia akan dibaiki secara automatik atau pada satu masa nanti.

Dalam hidup tanpa spiritual, seorang manusia akan bergantung kepada bantuan fizikal, intelek atau emosi/ sosial. Apabila semua aspek ini tidak menatijahkan bantuan, seseorang akan rasa ‘helplessness’. Siapa yang mampu bantu? Pastinya Tuhan. Kalau tidak cepat kembali kepada Tuhan, diri akan mudah rasa ‘helplessness’ selepas marah, berjiwa dendam dan mengungkit tanpa putus. Stres akan menghasilkan stres seterusnya. Ia mampu untuk menzalimi jiwa lain di sekeliling. Nauzubillah.

Untuk mewujudkan kaitan dengan Tuhan terus menerus, aspek syukur amat diperlukan.

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِ‌ۚ وَمَن يَشۡڪُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ۬

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman, 31:12)

Luqman dalam ayat di atas diberi hikmah untuk bersyukur. Individu yang bersyukur tidak akan melihat diri sendiri yang perlu ditaati atau mampu membuat perubahan, tetapi akan diserahkan kepada Pencipta. Menurut Syeikh Omar Baloch, Luqman sendiri tidak menasihatkan anaknya untuk mentaati dirinya dalam ayat 14.Ini kesan syukur. Si ibu atau bapa itu juga tidak akan menzalimi si anak untuk menjadi ‘victim’.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (31:14)

Jika pun si anak dizalimi si ayah atau ibu, syukur menjadi ubat untuk tidak rasa dijadikan mangsa (victim). Syukur ialah terapi kepada individu yang rasa ‘victimized’. Syukur.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Bagaimana memahami non-Muslim yang bermesejkan Islam?

"Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam, mereka tidak akan makan RASUAH" Lim Guan Eng Apakah yang boleh difahami di...

Close