Bagaimana berdepan dengan konflik?

 

Jadi apakah yang perlu ketika berhadapan dengan konflik? Kembalikan kepada Allah. Pasti ada hikmah. Jangan gelabah. Apa-apa perubahan di luar sana , yang akan berlaku , Allah tentukan. Hebat bagaimana kerosakan yang boleh berlaku, semuanya dalam kawalan Allah. Jadi relaks, ingat Allah. Doa kepada Allah.

Realiti individu yang mencipta konflik

Ada 2 kemungkinan. Sengaja menyusahkan kita. Atau kerana individu itu sendiri ada masalah. Apa pun sebabnya, ia bergantung kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Perlu selalu diingat bahawa kalau kita ada konflik yang besar, ada lagi konflik lebih besar yang berlaku pada orang lain. Jadi bersyukurlah bahawa anda masih mampu mengingat Allah ketika konflik berlaku. Kalau anda lupakan Allah dan terus gelabah, itulah konflik terbesar yang boleh berlaku. Konflik dengan Tuhan…

Kekadang kita akan marah atau melampau-lampau emosi negatif kita kerana ia ada kaitan dengan ego diri sendiri. Bukan kerana mempertahankan hak Allah. Hak Allah ada cara tertentu untuk menyelesaikannya. Ini tidak bermakna kita perlu berlemah lembut sahaja dalam menyelesaikan konflik.

Apa perlu buat ?

1. Zikir, doa

2. Kenalpasti apa permasalah

3. Tentukan alternatif

4. Pilih alternatif terbaik

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Membina Sistem Anak Soleh/ah

Ketika belum bernikah, saya segan-segan membaca doa Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyatina qurratu a'yun wa jaalna muttaqeena imaama kuat-kuat.

Close