Cara mengajak manusia ke arah amalan kebenaran


Satu cara penting untuk mengajak orang ke arah kebenaran yang kita percaya ialah ‘jangan paksa, tetapi beri pilihan’. Ini penting untuk memastikan bahawa yang ditaati ialah Allah, bukan taat pada diri kita. Lagi terbuka dan banyak pilihan yang boleh kita berikan, maka akan makin terbukalah peluang untuk masing-masing berfikir untuk menuju hidayah. Yang penting, yang mengingatkan perlu selalu berusaha dengan connect bersama individu yang dimaksudkan.

dakwah-org-tua

Bukan sahaja connect tetapi perlu acknowledge serta serve individu tersebut.Kalau perlu inquire, sila inquire dengan baik dan bukan bersifat agenda. Inquire dengan bentuk untuk bertanya apakah cabaran sebenar yang dialami oleh individu tersebut. Kalau kita tanya dan dapat membantu, Alhamdulillah. Kalau kita bertanya, dia marah dan menjauh, tidak mengapa. Lain kali boleh cuba kerana kita inquire bukan untuk mendapat perhatian manusia, tetapi kerana ingin membantunya kerana Allah.

Apabila sudah ditanya, berikan choice kepada individu itu. Jangan dipaksa dengan perkataan, tetapi tunjukkan amalan yang mulia. Ramai akan berfikir dan menyerah kepada kebenaran apabila ia tidak dipaksa dengan perkataan, tetapi dipaksa oleh contoh mulia yang dilihatnya. Amalan baik mempunyai energy yang lebih powerful daripada perkataan manusia.

Moga Allah memberi kita hikmah dalam menyampaikan kebenaran sesama kawan, bersama ahli keluarga atau dalam kehidupan seharian.

Artikel ini ialah sebahagian kandungan program Build Your Legacy pada 8 Mei 2010 di UIA, Gombak. Jika berminat, sila SMS ke En. Firdaus : 012-2240622  atau Izan : 013-3966179. Info lanjut di sini.

Alamat Email:

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bagaimana berdepan dengan konflik?

Bagaimana menghadapi konflik? Sebelum belajar teknik menghadapinya, perlu tahu apa erti konflik. Konflik ialah sesuatu yang berlawanan atau berbeza dengan...

Close