Kalau saya ada idea bernas?
ان لله وانا اليه راجعون
Itulah jawapannya. Kalau saya ada idea bernas, saya perlu mulakan dengan inna lillah. Idea itu perlu diniatkan kerana Allah. Rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah. Ia tidak semestinya boleh mencapai ilaihi rajiun. Mengapa ?
Kerana MS tidak semestinya paling tepat. Tetapi niat itu memang bagus.
من همّ بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة
Barangsiapa yang berhasrat (himmah) pada suatu kebajikan, dan tidak jadi melakukannya, nescaya Allah mencatatnya di sisi-Nya sebagai satu kebajikan yang sempurna (Sahih Bukhari)
Niat itu memang selalu dipupuk dalam diri untuk mendapat pahala. Jangan dikuburkan. Namun setelah itu, ia perlu diusahakan untuk mencari Your Solution, Our Solution dan His Solution. Perlu dikongsikan bagi mencari ruang praktikal untuk pelaksanaan. Niat ketika mendapat idea untuk dilaksanakan ialah kerana Allah.
Kita perlukan lebih banyak idea bernas. Samada ia dilaksanakan hari ini atau 100 tahun lagi, itu memerlukan usaha berganda bagi kembali kepada-Nya.
MS itu apa tuan..?
MS= my solution.
sy patut membc entry ini dr bawah sebenrnya 🙂
Harap artikel ini boleh difahami