Bagaimana memahami non-Muslim yang bermesejkan Islam?
“Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam, mereka tidak akan makan RASUAH” Lim Guan Eng
Apakah yang boleh difahami di sini?
Input – Proses – Output
Iman – Islam – Ihsan/ Akhlak.
Rasuah ialah akhlak buruk.
Apa yang difahami oleh Lim Guan Eng ialah sisi Ihsan atau Akhlak orang Islam. Beliau faham itu outputnya. Beliau tidak menyatakan sisi Iman dan Islam dalam penyataan ini.
Bagaimana penyataan ini boleh keluar? Kerana ihsaan atau akhlak dapat diperhati oleh semua orang dan mendamaikan sosial. Kita perlukan satu kontrak sosial untuk semua dapat hidup secara baik dan sejahtera.
Manfaat akhirat akan terserlah dengan iman. Iman perlu difahami dengan baik dan halus kerana ia ada kaitan dengan hak Pencipta. Akhlak di dunia ada kaitan dengan hak sesama manusia.
Mana yang penting? Hubungan dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia.

