Islam Itu Terdiri Dari 3 Sendi Utama


Islam itu jelas di ajarkan oleh Jibrail semasa pertemuan penting diantara Rasul dan jibrail. Kehadiran Jibrail adalah sebagai utusan untuk memeriksa keadaan sendi Islam ini benar-benar kukuh. Apakah sendi Islam yang di jarkan kepada nabi Muhammad s.a.w.? saya yakin, kita semua sedia maklum iaitu;

1. Islam

2. Iman

3. Ihsan

Jika kita melihat ketiga2 sendi utama ini, barulah kita memahami bahawa, sendi ini mempunyai kekuatan di sebalik tabirnya iaitu ilmu. saya baru sahaja membelek satu buku yang ditulis oleh seorang profesor dari UKM, Professor Wan dari ATMA, bertajuk Budaya Ilmu; Satu Penjelasan. Di dalam buku tersebut, beliau menjelaskan tentang definisi dan kepentingan budaya ilmu di seluruh dada manusia. kepentingan tersebut sering di ulang dalam penulisan beliau kerana budaya ilmu di dalam sesebuah perubahan tamaadun itu adalah berasandarkan kepada budaya tersebut. Ia sudah dibuktikan dalam sejarah besar dunia berkenaan dengannya.

namun yang demikian, saya tidak berhasrat untuk menjelaskan panjang lebar tentang buku profesor tersebut, tetapi saya ingin kembali kepada 3 sendi utama di dalam Islam tadi.

Mengapa  malakat Jibrail datang menemui Muhammad s.a.w. semata-mata untuk ‘check’ apa yang difahami oleh baginda? Tentu ia amat penting bukan?

 Ya, ia sangat penting. mengapa ianya penting? kerana sendi tersebut adalah ilmu. Ilmu yang diajarkan oleh Jibrail kepada Muhammad s.a.w. adalah cahaya yang sudah membuktikan pembinaan tamadun Islam yang dahsyat! semuanya bermula dengan cahaya atu nur Islam yang disinari olehnya.

Islam itu mampu dipelajari dan dikuasai dengan ilmu Fiqih. Ilmu Iman pula mampu dihayati dan diyakini dengan ilmu akidah dan ihsan pula adalah proses mencari kesetiaan dan kebersihan hati. melakukan sesuatu itu hanyalah pada Allah semata. Ia mampu dipelajari di dalam ilmu tasawuf.

Ilmu Fiqh, akidah dan Tasawuf merupakan pakej yang terkandung di dalam Islam…

Maka pelajarilah ke tiga-tiga sendi ini agar ianya kuat dan kukuh di dalam hati seorang mukmin.

 

wallua’alam

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Merancang kehidupan?

Tentu kita ingin merancang kehidupan. Merancang untuk kejayaan. Tetapi kekadang dalam kesibukan harian, ada yang tidak pasti - apakah persediaan...

Close