Aku bangun pagi 7 Nov 2008 ? Di mana Obama?!

(Cuplikan dari satu mailing list)

Nggak aneh pak, kalo Indonesia tidak “dipedulikan” oleh Obama, walaupun dia di-elu2kan di Indonesia atau dia pernah tinggal di Indonesia. Dalam perspektif pergaulan internasional, Indonesia (pasca Sukarno) memang tidak lagi dikenal dan Obama, bagaimanapun asal-usulnya tetap orang Amerika. Indonesia saja yang berharap terlalu besar untuk diperhatikan oleh Obama.

Salam

Itulah kata dalam satu milis. Dengan ikon senyuman,  Imam Muhammad al-Shareef menulis bahawa beliau tidak terlampau beratkan pemilihan presiden Amerika kerana beliau adalah rakyat Kanada. Tapi yang dilihatnya 3 ciri penting dalam kejayaan Obama dan ini dinyatakan dalam lamannya DiscoverULife : 

One: Not everyone has to vote for you

Two: Just because no one has done it in the past, doesn’t mean it cannot be done

Three: Don’t listen to the nay-Sayers

Apabila ini dinyatakan oleh Imam Muhammad al-Shareef, lain pula perbincangan di atas dalam mailing list di negara tetangga. Ada yang mengharapkan ‘Obama, pandanglah kami’.

Dua perkara di atas mencerminkan sesuatu. Untuk diri saya, adakah Obama penting? Saya rasa penting untuk rakyat Amerika sedar sikit dari lamunan ‘supremacy’. Tetapi kalau saya nak mengharapkan Obama membantu dan membina hidup saya, Sorry.

Mendengar ucapan pertama

Saya memerhati live di televisyen ucapan Mc Cain sebelum Obama berkongsi frasa ini:

The road ahead will be long.  Our climb will be steep.  We may not get there in one year or even one term, but America – I have never been more hopeful than I am tonight that we will get there.  I promise you – we as a people will get there.

Kerana saya rapat dengan Black Muslim di Masjid Omar al-Khatab, Los Angeles ini, saya dapat rasakan bahawa mereka amat menanti-nanti Obama di atas pentas pada 4 Nov 2008 itu di Chicago. Bukan kerana akidah, tetapi kerana maruah dan perjuangan. Saya dapat merasakan Bruce tentu seronok dan mengharapkan dia tidak perlu meraih simpati cereal  atau cheese  yang saya peroleh dari Women, Infant and Children (WIC) Program secara percuma. Bruce tentu harapkan dia tidak lagi menjadi homeless  di kalangan ratusan malah ribuan individu melarat di bumi Paman Sam – menurut rakan-rakan di Indonesia di sini.

Hikmah itu memang ada pada McCain ketika mengaku Obama sebagai Presiden dan ucapan Obama yang mengakui ‘long and steep’. ‘Jauh dan payah’ kalau ikut kamus dakwah bahasa Melayu. ‘Ba’udat alaihim ush-shuqqah’ kalau dalam bahasa Arabnya di dalam Surah at-Taubah ayat 42.

Sementelah pejuang dunia pun mengaku long and steep, apatah lagi kalau pejuang akhirat. Kalau di kaca televisyen, tergenang air mata mamat Black ketika menunggu Obama naik pentas – amat lama genangan air mata itu – apatah lagi kalau itu lebih-lebih berlaku dalam usaha mendaulatkan perjuangan Islam. Saya sendiri sebak melihat mamat Black itu terdiam dan mengalirkan air mata. Saya dapat rasakan emosi dirinya sebagai seorang lelaki yang mengharapkan perubahan. Perubahan yang tak nampak kalau ia di bawah Bush, mungkin..

5 Nov 2008 – Tak de apa pun

5 Nov 2008 saya teruskan kehidupan. Di mana Obama? Oh! Dia sedang berborak-borak dengan Rahm Emanuel.

Hidup saya diteruskan seperti biasa. Tak de apa pun yang Obama dapat tambah nilai.

 6 Nov 2008 – You know Obama won?

6 Nov 2008 saya teruskan kehidupan. Apa Obama buat? Dia menjadi bintang selebriti di media selepas Sarah Palin. Saya berjalan di kampus USC – ada beberapa orang memakai T-Shirt berwajahkan Obama. Obama menjadi idola di kalangan 25-40an. Ramai di Friendster dan Facebook keluar mengundi, kerana Obama cool. Menyapa mereka di Friendster dan Facebook. Tidak seperti Bush yang hanya menghantar wakil ke Iraq dan Afghanistan.

Adik-adik Mexico juga diskusi pasal Obama. Obama won, not Mc Cain, Do you know that? Itulah diskusi mereka setelah 2 hari peristiwa bersejarah itu berlaku.

 7 Nov 2008

Saya bangun pagi. Adam dan Hajar juga sudah bangun bersama si Ibu. Saya memerhati dan sedar. Harapnya tak terlampau terlambat untuk saya sedari seperti Imam Muhammad al-Shareef atau mungkin juga Imam Muhammad ibn Faqih yang mengajar Ulum-ul-Quran tempoh hari di California State Long Beach. Obama tidaklah disambut dengan ucap atau sujud syukur melangit kerana dia masih tidak menyeru nama Tuhan. Dia masih menongkah akidah. Detik 4 Nov – saya rasa seronok girang. Tapi 5 & 6 Nov, rasa tida ada apa-apa. Tercari-cari sahaja. Kalau harapkan Obama memberi nilai tambah dalam hidup – sebagaimana diharapkan ramai dalam media Yahoo & Google, memang tiada apa. Kerana bukan dia yang memberi makan, minum, nafas dan udara. Dia hanya memberi lafaz janji yang tak pasti kosong berisinya. Siapa patut diharapkan kalau dalam bacaan al-Ma’thurat? Alaihi tawakkaltu…

Janji Allah benar. Bukan sahaja janji besar seperti ke syurga atau menjadi pemimpin dunia nanti, tetapi juga mengotakan janji setiap hari memberi udara, makan dan minum. Memberi nilai tambah selepeas setiap kali beribadah. Memberi keceriaan. Menyelesaikan masalah. Menambah duit kalau tak cukup. Tidak akan ada kekosongan dengan Allah. Namun dengan Obama? Tiada apa darinya.

Inilah nilai dan harga akidah. Itulah neraca Imam Muhammad ash-Shareef melihat peristiwa. Hidup diteruskan dengan ceria dan bermakna sebagai da’i apabila mengharapkan Allah setiap masa. Tetapi kalau merasakan Obama sebagai harapan dalam dakwah, banyak perlu di-adjust dan dilihat dan itu bukanlah langkah terbaik untukku. Memang beliau adalah harapan dunia, tetapi dunia perlu berharap lebih kepada Allah yang memberi peluang kepada si hamba menjadi pemimpin, belajar ke Harvard dan melawat Indonesia ketika kecil dahulu.

Ya Allah! Tetapkan hatiku di atas jalan agama dan ketaatan pada-Mu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Islam Itu Terdiri Dari 3 Sendi Utama

Alhamdulillah, minggu yang sudah, saya mendapati satu kefahaman yang dibukakan oleh Allah untuk saya memahami satu perkara yang saya tercari-cari...

Close