Kepada terapi atau Pencipta terapi?

Dalam satu bahagian buku yang ditulis oleh Dr Feryad A Hussain bertajuk Therapy from the Quran & Ahadith, ada satu artikel bertajuk ‘Calling to to Islam or Calling to Therapy?’. Tajuk ini amat menarik. Saya boleh tukar kepada

Calling to Islam or Calling to Motivation

Calling to Islam or Calling to Medication

Calling to Islam or Calling to Engineering

Calling to Islam or Calling to Good Governance?

Penulis ada membawakan tentang hadith Nabi yang memberi peringatan pada masa yang sesuai dan bukan pada setiap masa. Dalam sesi terapi, ia ada kaitan dengan memudahkan urusan manusia lain – diletakkan sebagai elemen dakwah oleh Dr Feryad. Dakwah itu besar, dan salah satunya ialah terapi. Motivasi. Perubatan. Kejuruteraan. Pentadbiran yang baik.

Apa yang penting dalam membawa orang lain kepada terapi, ia tidak berhenti di situ sahaja. Asasnya ialah untuk memberi manfaat. Manfaat ini untuk masing-masing kembali kepada Tuhan Yang Esa – secara langsung atau tidak langsung. Terapi itu perlu menggunakan kaedah yang betul – sesuai dengan garis panduan syariah samada kandungan (what) dan tekniknya (how).

Apabila menggunakan kandungan dan teknik yang bertemakan agama, ia adalah untuk manfaat umum dan bukan untuk tujuan melakukan sesuatu produk.

Apa petanda melakukan sesuatu produk? Salahkah?

Sememangnya setiap individu bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam. Namun menjadikan terapi sebagai keutamaan dan meletakkan dalil Quran dan Sunnah untuk melakukannya adalah bertentangan dengan metod mengikut syariah. Sepatutnya syariah mengatur terapi yang akan dilaksanakan. Dan bukan menggunakan syariah untuk justify bahawa produk saya lebih baik atau lebih Islamik dari yang lain.

Namun bagaimana ustaz yang membuat program motivasi atau seminat bertajuk ‘ Seminar Ibrah Surah al-Fatihah?’

Ada beza antara Seminar Ibrah Surah al-Fatihah dan Seminar Komunikasi Teknik al-Fatihah.

Tajuk 1 masih open dan merendah diri. Orang lain juga boleh berkongsi sisi ibrah atau pengajaran. Ibrah mungkin boleh silap yang disampaikan oleh penceramah.

Tajuk 2 amat kuat dan menyatakan ‘ selain teknik ini tidak mengikut Surah al-Fatihah’.

Kepada terapi atau kepada Tuhan?

Kita ingin membawa orang kepada Tuhan. Bagus matlamat atau niatnya.

Kita ingin membawa orang menggunakan kaedah yang baik kepada Tuhan. Itu juga perlu diambil kira.

Kita ingin pastikan kita juga menggunakan kaedah yang betul untuk membina modul, model, terapi dan 1001 satu kreativiti manusia untuk manfaat manusia lain.

Jika input dan niatnya baik, amat bagus.

Jika proses atau kaedahnya sejahtera, amat baik.

Insha-allah ada output yang baik dan moga kesilapan yang dibuat itu diberkati. Output sedia dikoreksi apabila proses atau kaedahnya sejahtera.

Apabila input dan proses sedia dibetulkan dari semasa ke semasa, insha-allah semua motivasi dan terapi itu akan membawa kepada Tuhan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ingin memandaikan bangsa

Dalam perbincangan di Synergy Trainers' Ecology ke-3 (STE 3), ilmu perlu dijadikan keutamaan dalam kehidupan. Saya melihat motivasi dan latihan

Close