EPIS, PIES atau IPES?

Sila perhatikan diagram berikut:

 

EPIS:

 

 

PIES:

IPES 

 

Manakah yang anda setuju? Adakah model EPIS, PIES atau IPES yang bersesuaian dengan naluri anda sendiri untuk menuju kejayaan? Ada satu aktiviti untuk anda. Sila pilih apa-apa aktiviti dalam hidup anda dan bandingkan dengan diagram di atas. Jika segala aktiviti anda dapat diterangkan oleh komponen dalam salah satu diagram di atas, ia menunjukkan bahawa model itulah yang benar dan sesuai dijadikan panduan.

Contoh aktiviti yang anda boleh fikirkan:

  1. Orang gila yang tersenyum
  2. Orang Islam yang solat tetapi tidak mencari nafkah
  3. Orang Islam yang berniaga tetapi tidak untung-untung
  4. Orang bukan Islam yang berniaga tetapi banyak untung
  5. Bayi yang menyusu dari ibunya
  6. Kanak-kanak yang sukakan barang permainan
  7. Cucu yang menyayangi neneknya
  8. Suami yang mencintai isterinya
  9. Ibu yang membersihkan najis pada anaknya selepas buang air besar.
  10. Orang Islam yang solat serta kuat semangatnya dalam pekerjaan

Begitulah beberapa aktiviti yang perlu anda lihat dan perhatikan dengan persoalan: apakah elemen yang terlibat dan manakah elemen yang tidak atau kurang terlibat dalam model di atas? Jika anda mampu menjawabnya dengan baik menggunakan salah satu model yang ada, model itulah asas kebenaran yang amat kita perlukan sekarang!

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Elakkan gejala ‘sekadar penyampai berita’

Dalam kehidupan seharian, ada individu yang memerhatikan kepada keadaan sekeliling dan hanya ingin mengetahui 'berita' sahaja tanpa mahu dibawa 'masuk'

Close