Elakkan gejala ‘sekadar penyampai berita’

Dalam kehidupan seharian, ada individu yang memerhatikan kepada keadaan sekeliling dan hanya ingin mengetahui 'berita' sahaja tanpa mahu dibawa 'masuk' dalam diri lantas dijiwai. Hal ini banyak berlaku terutama dalam zaman ledakan maklumat di mana berita ada di mana-mana. Senario ini berlainan dengan ciri Nabi dan orang soleh dahulu. Mereka memerhati dan menyampaikan berita bukan sekadar untuk disampaikan, tetapi untuk dijadikan pedoman dan dijiwai oleh diri agar disempadani jika ia tidak baik. Saya ada satu 'berita' tentang pengalaman pagi ini yang harapnya saya mampu mengambil iktibar dan 'dijiwai' dalam hidup saya selepas ini.

Apa yang berlaku ialah selepas saya habis menyampaikan tazkirah subuh, datang seorang individu yang bertanyakan soalan “saya nak tahu macam mana ustaz menjawab kalau Mat Salleh itu menyatakan ‘mengapa semua agama menyatakan ialah yang benar. Islam tidak terkecuali’.” Sememangnya dalam tazkirah itu, saya ada menyatakan perkara itu untuk para jemaah refleks kepentingan tauhid untuk menangkis dakyah yang dilakukan oleh individu ateis atau bukan Islam.

Saya senyap sebentar. Individu ini nampak beria-ia untuk tahu. Saya cuba menjawab sedikit tetapi disampuknya lagi. Saya mendengar.

Kemudian beliau bertanya,”macam mana ustaz jawab kalau orang Kristian kata mereka benar dengan konsep triniti.” Belum habis soalan pertama saya jawab, ditanya soalan kedua. Saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.¬† Saya mendengar lagi.

Kemudian saya cuba menjawab soalan kedua. Baru pendek saya jawab, dikomen oleh si penanya: “Saya rasa jawapan itu kurang mantap. Kalau nak guna jawapan itu, memang mudah-mudah je kita kalah. Saya kalau ditanya soalan bab agama begitu, saya diam saje. Tak berani saya jawab. Kalau jawapan ustaz tu, memang kita kalah.”

Saya terdiam dan tersenyum. Tidak lama selepas itu dia bingkas bangun, menghirup air teh dan meminta izin pulang. Astaghfirullah. Jawapan belum selesai, sudah dikomen dan beliau beredar. Saya berfikir panjang.

Rupa-rupanya, memang makin berumur kita, akan makin kuat rasa ‘betul’ dalam diri jika iman tidak menjadi asas. Yang dapat saya simpulkan:

1. Jika individu itu bertanya sekadar nak menyampaikan berita bahawa dakyah amat menular dan susah ditangani, tidak perlu bertanya kerana ia bukan untuk mengetahui jawapan – tetapi sekadar nak menyampaikan.

2. Kalau bertanya untuk membuat kesimpulan ‘ jawapan itu cetek dan dangkal’, itu bukanlah tujuan pertanyaan. Pertanyaan adalah untuk menjawap persoalan diri atau ingin berkongsi maklumat yang sama kepada orang lain yang mendengar soalan tersebut.

3. Makin berumur dan ‘jauh dari keinsafan’ seseorang, seseorang akan melihat¬† bahawa apa yang berlaku di luar sana tidak ada kaitan dengan diri sendiri untuk dijadikan iktibar. Malah ia sekadar menjadi ‘pengetehuan am’ sebagaimana media kini yang amat hebat isinya namun tidak mampu menjadi penawar masalah ilmu kini. Mengapa? Hilang keberkatan daripada maklumat yang berlaku. Orang terdahulu yang menjadikan al-quran sebagai panduan akan menjadikan apa-apa peristiwa sebagai tazkirah untuk difikirkan mesejnya daripada Allah. Namun kini, maklumat dan berita sekadar menjadi hiburan. Astaghfirullah

Wahai diri, lihatlah dunia luar dan ia adalah refleks usahamu yang amat kurang untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat. Astaghfirullah!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Perlunya berhenti sebentar – thomakninah

Memang hidup ini penuh dengan peluang samada untuk berbuat baik atau jahat. Malah dalam melaksanakan tugas dakwah seharian, ramai yang...

Close