Jigsaw Taqwa dan Mati dalam Islam ? Merenung Tragedi Gaza

Sudah tentu kehadiran ayat 64:16 ini memberi sinar kepada kita yang ingin bertemu dengan Allah. Namun ini tidak pula memudahkan usaha untuk mencapai taqwa.  Taqwa dan mati dalam Islam adalah dua kepingan jigsaw yang perlu difahami dan diletakkan dengan betul agar ia sah di sisi Allah. Bagaimana kita memerhati ayat ini dalam kehidupan seharian terutama dalam tragedi Gaza kini? Apa yang perlu kita laksanakan?

Gaza Mati dalam Islam

Jika ada bedilan dari si Israel yang mengena dahi yang bersujud ikhlas pada Allah, sudah tentu syahid di Palestin sana mati dalam Islam. Itulah tahap taqwa mereka. Ketika sujud menghadap Ilahi. Itu jigsaw kehidupan mereka.

Bagaimana dengan kita ? Belum pasti.

Jika kita memerhati TV sehingga menjadi tidak keruan dengan berita saudara kita di Jalur Gaza, jangan putus asa dan berpatah azam. Perasaan itu bukti kita beriman kepada Allah “ Tidak beriman di kalangan kamu sehingga kamu mencintai saudaramu seperti mana kamu mencintaimu diri sendiri”. Ada nilai iman dalam dirimu. Syukurlah pada Allah.

Namun iman itu tidak pasti untuk kita mati dalam Islam kerana mungkin kini kita pilu, namun pada masa lain kita bergembira sakan lupakan Allah. Jigsaw untuk mereka yang belum syahid: bertaqwalah kerana kamu sudah beriman (kerana kamu cinta saudaramu) agar kamu layak untuk mati dalam keadaan Islam. Apa kata kuncinya? Taqwa.

Taqwa semampu kita

Bila si anak kata ‘saya tak mampu’ padahal belum cuba untuk menaiki basikal, pengakuan itu tidak valid. Bila kita menyatakan pada guru ‘saya tak mampu’, padahal belum ambil ujian, maka pengakuan itu tidak valid. Kita perlu diuji dahulu – baru tahu mampu tidak mampu.

Penduduk Gaza sudah diuji, maka mereka sudah menyatakan pada Allah kemampuan mereka untuk tetap dalam iman. Ada yang masih berjuang untuk mempertahankan iman, ada yang sudah pergi. Lebih 800 orang.

Perjuangan kita? Ia perlu diteruskan dalam arena dan kehidupan masing-masing. Namun tidak boleh kita nyatakan ‘ saya tidak mampu’ sebelum mencuba. Allah akan memberi ujian. Bersiaplah. Jadi kepingan jigsaw taqwa dan mati dalam Islam bukan hanya dua keping. Ada kepingan iman, ada kepingan ujian dan banyak lagi. Ingat, ia perlu diletakkan elok-elok dan sesuai tempatnya. Kalau tidak, musnahlah jigsaw kehidupan kita untuk mati dalam Islam.

Lantas, apakah yang perlu dibuat melihat tragedi Gaza? Sumbanglah, beritahulah, bantulah mana yang mampu. Dalam masa yang sama, baiki diri untuk taqwa kepada Allah. Tidak cukup hanya kecam, kalau tidak sembahyang. Ia perlu diadun dengan kata yang manis, kesungguhan dalam kerja harian, menjaga tutur kata dan pelbagai amalan taqwa. Ia akan diuji, maka doalah agar Allah thabatkan. Insha-allah kita juga layak menjejaki saudara kita menuju Allah dengan syahid. Jika tidak berusaha untuk menjadikan diri lebih bertaqwa, mungkin kita sudah kandas menghadapi ujian kecil di sekeliling kita sahaja – kerja, studi atau perkara-perkara lain yang sepatutnya menjadi medan taqwa kita.

Ya Allah! Nampakkan ku kebenaran sebagai kebenaran di sisiMu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Obama, Allah is watching Palestinians…

Obama, Allah - Your God and My God is watching Palestinians He is watching US He is watching you and...

Close