Mengapa perlu ada nilai, selain misi dan visi?


Nilai ini laksana minyak yang akan menggerakkan enjin kereta menuju ke destinasi visi sesuatu organisasi.

Nilai ini perlu diisi dan dimantapkan selalu dengan kisah, fakta dan panduan wahyu. Panduan wahyu akan menenteramkan jiwa kerana ia melangkau cara pandang dna faham manusia yang ada had kisah dan fakta.

Contoh di Akademi Sinergi

Sebagai contoh di Akademi Sinergi, nilai ialah: masa, ilmu dan sistematik berstruktur

Ia akan diwacanakan, diceritakan, dimasukkan dalam meeting dan dilatih dalam diri setiap individu. Kisah bangun 3 pagi (masa), hadir training internal (ilmu) dan sistem dokumentasi dan interaksi bersama pelanggan berstruktur (sistematik berstruktur) amat penting dipasakkan dalam diri setiap ahli di AS dari semasa ke semasa.

Hanya dengan 3 nilai ini yang sentiasa dikemaskini ini, ia akan menjadi minyak bagi AS melaksanakan belajar, mendidik dan memudahcara (learn, educate, facilitate) bagi mencapai visi membina legasi berteraskan wahyu.

Contoh di Dzul Iman

Di Dzul Iman, nilai ada 4: tawakal, ilmu, santun dan kerja berpasukan.

Ia penting untuk membina generasi pintar soleh di kalangan anak-anak, ibu bapa, guru dan komuniti. dengan misi ini, barulah mampu untuk ‘to serve the ummah thru Dzul Iman’.

Founder, pengurusan dan staf 10 tahun atau 50 tahun akan datang perlu faham nilai ini. Agar misi dan visi yang dibawa akan terus meluncur lancar.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Apabila ada teknik berfikir

Teknik berfikir memberi ruang untuk setiap insan mengoptimumkan potensi akal. Apabila ada tool untuk berfikir, sesuatu proses berfikir tidak mencapah...

Close