Umum

Bila Terlampau Banyak ‘Kebenaran’

Sebenarnya bukan banyak maklumat atau ilmu itu yang utama.
Yang lebih utama ialah sejauh mana kefahaman dan penghayatan. Kefahaman
melibatkan kapasiti intelek makanala penghayatan meibatkan kapasiti emosi dan
spiritual. Ia memerlukan tindakan daripada seseorang individu. Atas dasar itu,
yang perlu kita selidiki ialah bagaimana info dan ilmu itu mampu menghasilkan
amalan dan tindakan – di peringkat hati, lidah dan tubuh badan. Ini yang
diperlukan. Kemajuan di atas muka bumi ini tidak berpijak pada ilmu yang
tersimpan dalam tesis PhD atau di rak buku. Ia adalah hasil kefahaman dari buku
dan pembalajaran yang diterjemahkan ke dalam amalan.

 

Atas dasar itu, kita lihat pakcik-pakcik di kampung kekadang
tenang dan banyak amalan berbanding individu yang balik dari universiti.
Sememangnya tahap orang yang berilmu tidak sama dengan yang berilmu. Tetapi
tidak semestinya yang di kampung itu tidak berilmu. Mereka dapat ilmu, lantas
diamalkan. Yang banyak maklumat depan komputer, dapat ilmu, dianalisa dan
dicari lagi. Belum sempat habis kajian dan amalan yang pertama, sudah masuk
yang kedua. Kesannya? Lahirlah individu sarat ilmu dan konsep. Tinggi inteknya.
Bila dicucuk emosi atau spiritual, ia akan melatah dan masih mencari buku dan
internetnya tanpa mampu untuk menggunakan kapasiti akal untuk menaakul
berdasarkan ilmu yang dipelajari.

 

Lebih teruk ialah apabila individu ‘tinggi intelek’ ini
memisahkan lapangan ilmu dengan dunia sebenar. Mereka merasakan apa yang
dilalui seharian bukan sumber ilmu yang amat penting untuk mematangkan dan
menjadikan mereka berjaya. Mereka kekadang tidak nampak bahawa untuk berjaya,
ia bukanlah hanya dengan merujuk buku bercetak. Carilah sumber bacaan dengan
berdiskusi dengan orang berpengalaman, berbincang dengan para ilmuan, belajar
dari kesilapan dan 1001 cara lain untuk membaca dunia ini menuju kejayaan. Kita
tidak mahu dunia ini dipenuhi dengan zombi kejayaan. Mengapa zombi kejayaan? Ia
tahu konseo untuk berjaya, tetapi sudah mati dalam dunia sebenar kerana tidak
mahu masuk ke alam realiti. Takut pada realiti. Hanya duduk di sebalik SMS,
email dan internet. Ini adalah sindrom zaman IT yang amat membahayakan untuk
kita mewujudkan tamadun yang berjaya di dunia dan akhirat.

 

Bagaimana ingin mengelakkan anda menjadi zombi kejayaan di
zaman IT ini?

 

  1. Jangan
    hanya ber-SMS atau email dengan seseorang. Pada saat kritikal, telefonlah.
    Bercakap akan menjadikan anda yakin dengan realiti.
  2. Kalau
    perlu bertemu dan bersemuka jika ada masalah, hadapilah. Ia menunjukkan
    kita berani menghadapi realiti.
  3. Banyak
    maklumat? Pastikan anda ada amalan yang konsisten dilaksanakan. Bukan
    sekadar konsep dalam laptop atau minda sahaja.
  4. Anda
    banyak kenalan di internet atau SMS sahaja? Dapatkan kenalan yang real
    dan membincangkan isu real. Bukan sekadar hiburan atau personal
    matter
    . Isu real  ialah
    seperti nasib orang lain, isu ekonomi, dakwah dan sebagainya. Isu yang
    melibatkan tanggungjawab  – bukan
    sekadar suka-suka.
  5. Dan
    banyak lagi tindakan yang menunjukkan kita berani dan bersungguh menuju
    kejayaan real.

 

Semoga kita mampu menjadi individu yang berjaya di dunia
akhirat. Ameen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Perlukan sedikit kesabaran

{popin} Dalam kehidupan seharian, banyak perkara dan cabaran yang berlaku. Salah satu tips dalam al-Quran ialah untuk kita meminta tolong...

Close