Umum

Bengkel Mudah Cara Fahami al-Quran – Tahap 3

Sehari sebelum program

Sistem audio dan visual sudah disemak.

8.00 am 

Meja pendaftaran sudah tersedia. Kit peserta dengan pen atau pensil sudah diberikan. Sistem audio dan visual sudah dipasang kemas.

Dato J hadir ke program ini kerana beliau ada harapan. Harapan ini perlu didapatkan dalam latihan ini.

Seawal sahaja masa pendaftaran 8.00 am, peserta sudah mendaftar dan mendapatkan booklet. Mereka tahu akan mula jam 9 am. Kerana hadir awal, mereka boleh baca nota dan minum yang disediakan. Sambil itu mereka berborak dengan Ustaz Nazree dan urusetia yang ada. Mereka boleh masuk ke dewan training sambil mendengar alunan nasyid yang dipasangkan sepanjang program.

8.50 am

Peserta sudah masuk ke dalam dewan. Co-Trainer menunggu di pintu masuk mengalu-alukan peserta.

9.00 am 

Co-trainer memulakan majlis dengan mengalu-alukan peserta. Dinyatakan jadual program.

Selepas itu, dijemput kepada main trainer untuk menyampaikan modul.

Hari 1 – 9 am – 6.00 pm
Hari 2 – 9 am – 4.30 pm

Hari 1

Peserta akan berkongsi harapan.
Dalam masa yang sama, program ini akan menggunakan model dari ayat Surah al-Hadeed ayat 16 di mana Allah menemplak tentang orang yang tidak khusyuk kepada ingat dan kebenaran dari Allah. Model ini diambil dari Syeikh Solah – di mana ada 4 perkara yang perlu diberi perhatian.

Berikut ialah ayat tesis dari Surah al-Hadeed ayat 16

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الأمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (١٦)

 
57:16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Bagi mencapai perkara ini, perlukan kepada model ini

Level 1 ialah untuk menyiapkan suasana imani.  Akan disenaraikan adab-adab dalam mendapatkan perkara ini dalam sesi ini.

Level 3 ini akan membuka diri untuk lebih khusyuk menerima makna dari Allah. Mengapa perlu khusyuk? Ia adalah syarat untuk zikir dan kebenaran mampu untuk memberi kesan kepada pembaca al-Quran.

Sebab utama masyarakat tidak khusyuk ialah kerana sudah lama tidak membina suasana imani dan khusyuk dalam diri. Kesannya hati menjadi keras – kerana dosa yang dilaksanakan berterusan.

AIS akan memastikan ada elemen Atas, Depan & Belakang (dari Surah Yasin)

Atas – Allah dan Tauhid
Depan – Ibadah – Alam
Belakang – Siraath – Sejarah dan Kisah

Bagaimana interaksi itu berlaku?

Kaedah Horizontal – vertikal amat memainkan peranan ketika tadabbur yang akan melahirkan tazakkur yang tersendiri.

Hari 1 ialah untuk peserta nampak kepentingan model Syeikh Solah berteraskan Surah al-Hadeed dan dapat menghargai kaedah horizontal-vertikal.

Antara diri terima makna dan tafsir ringkas, ada satu elemen amat penting: memahami gambaran besar al-Quran pada setiap surah (makro yang ada elemen AIS) dan  memahami bahasa Arab (mikro)

Bagaimana untuk menghasilkan tadabbur tazakkur lebih mendalam? Manfaatkan ilmu orang yang sudah tadabbur tazakkur. Syaratnya sendiri pada tahap 3 ini sudah dapat menghasilkan kaitan (walaupun dalam bentuk persoalan) horizontal dan kedalaman vertikal dalam berinteraksi dengan mana-mana ayat-ayat Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bersungguh betul

Saya memerhati ramai orang bersungguh-sungguh di kalangan yang bukan beragama Islam atau tidak solat atau kurang membaca Quran. Amat bersungguh-sungguh

Close