Bersungguh betul


Saya memerhati ramai orang bersungguh-sungguh di kalangan yang bukan beragama Islam atau tidak solat atau kurang membaca Quran.

Amat bersungguh-sungguh ketika buat bisnes jika bertemu rakan klien.
Amat bersungguh-sungguh untuk membuat marketing.
Amat bersungguh-sungguh ketika belajar semasa di US dahulu.

Amat bersungguh-sungguh.

Aku?

Bismillahir rahmanir raheem

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ar-Rahman melambangkan rahmat Allah yang akan diberikan kepada Muslim atau non-Muslim selagi beliau mengamalkan usaha atau sunnatullah.

ar-Raheem melambangkan rahmat Allah yang akan diberikan kepada orang yang beriman. Orang Islam yang tidak beriman tidak mendapatkan ganjaran rahmat besar ini terutama apabila sampai ke syurga nanti. Ganjaran dari ar-Raheem juga boleh terjelma di atas dunia ini.

ar-Rahman ar-Raheem dalam ayat Bismillah atau dalam ayat 3 Surah al-Fatihah tidak dipisahkan oleh perkataan ‘wa’ yang bermaksud ‘dan’. Ia juga tidak dipisahkan oleh perkataan ‘au’ yang bermaksud atau. 2 dalam 1. Bukan 2 perkara terpisah atau boleh dipisah-pisahkan.

Surah al-Baqarah: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (2:152)

 

Dalam ayat di atas, manusia perlu berusaha, Allah akan mengurniakan ganjaran. Manusia ingat Allah, Allah akan ingat manusia. Tidak dipisahkan oleh ‘wa’ atau ‘au’ dalam ayat di atas.

Surah al-Hasyr: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). (59:19)

 

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan agar manusia jangan lupa Tuhan, nescaya Allah akan buat diri manusia itu lupa pada kecemerlangan untuk dirinya.

Dalam ayat lain:

Surah as-Saaf..Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka). (61:5)

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan jika manusia itu menyeleweng, Allah akan selewengkan hatinya. Bukan salah Allah, tetapi usaha manusia itu yang perlu diberi perhatian samada untuk menuju Allah atau tidak. Bekalan ilham untuk buruk dan baik telah Allah berikan dalam diri manusia.

Surah asy-Shams: Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (91:8)

Manusia usaha, Allah akan bantu

Amat jelas dalam ayat-ayat di atas, usaha manusia itu amat kritikal untuk mendapatkan bantuan Allah. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  1. Usaha bukan segala-galanya
  2. Usaha perlu disekalikan dengan mendapat bantuan Allah
  3. Jika usaha sahaja tanpa izin Allah, tidak menjadi
  4. Tidak mungkin dapat mendapat pertolongan Allah jika tidak berusaha

Ah Chong, bagaimana kau betul-betul bersungguh? 

“Semangat sangat dia. Setiap hari cakap pasal duit!”

“Dunia. Aku tak nak terjebak dengan dunia!”

Betulkan semangat dikaitkan dengan mata duitan atau kerana keduniaan semata-mata? Adakah kalau difikirkan akhirat, tak perlu bersungguh-sungguh?

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملاً أن يتقنه

Sesungguhnya Allah cinta apabila seseorang bekerja, dilaksanakan kerja itu bersungguh-sungguh.

 

Mana mungkin ikrar ini disebut dengan perkataan dan amal yang sambil lewa, padahal ia adalah untuk Allah:

Surah al-An’am: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (162) Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya). (163)

Nampak matlamat, akan bersungguh-sungguh

Diligence-in-Ldership-1024x512Sungguh-sungguh ini berlaku jika nampak matlamat (purpose).

Apabila seseorang ada matlamat jangka masa pendek, akan bersungguh-sungguh.

Apabila ada matlamat jangka masa panjang, ia akan bersungguh-sungguh.

Apabila matlamat ialah duit dan harta, boleh jadi bersungguh-sungguh.

Apabila matlamat ialah Allah, tentu lebih bersungguh-sungguh kerana Allah sendiri amat bersungguh dan ihsan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Takkan Tuhan itu bersifat ihsan dan itqan, manakala hambaNya cukup dengan ala kadar sahaja dalam amalan seharian.

Facebook Comments:

1 Comment

  1. Nurul says:

    artikel yang amat bermanfaat,moga Allah berikan ganjaran kebaikan pada penulis

Leave a Comment

Read previous post:
Apabila Manusia Tidak Menghargai

Apabila Manusia Tidak Menghargai   “Aku dah kerja lama. Bos tak hargai usaha saya.” “Kumpulan saya sudah lama dan memberi...

Close