Antara Pemikiran Sistemik dan Model PIES

Pemikiran Sistemik sebenarnya amat relevan. Namun dari segi realiti, tidak semua mempunyai kemampuan berfikir yang besar. Pemikiran Sistemik memerlukan satu kemampuan besar dalam diri seseorang untuk menganalisis dan sintesis teori serta praktikalnya. Pengalaman saya mengendalikan program ini di Malaysia bersama pelajar universiti dan golongan profesional menunjukkan bukan semua individu mempunyai kemampuan tersebut. Biasanya apabila seseorang itu mengamalkan ‘amalan hati yang luhur’ akan mudah menangkap poin dalam Pemikiran Sistemik. Kerana Pemikiran Sistemik ini besar, seseorang perlu amat rendah diri untuk belajar ilmu ini. Kalau belajar dengan keegoan atau kesombongan, biasanya Pemikiran Sistemik akan memerangkap individu tersebut malah mungkin menyebabkan ‘tidak faham’ malah menyumpah disiplin ilmu ini.

 

Atas pemerhatian tersebut, saya nampak model PIES lebih mudah untuk disampaikan. Ia boleh disampaikan sedikit demi sedikit. Ia boleh difahami dengan sedikit demi sedikit. Ia boleh dicerna oleh minda yang ‘kaku’ dan bersedia. Jika minda itu ‘kaku’, ia boleh disedarkan dengan contoh mudah dan kecil. Hanya selepas minda itu bersedia, barulah boleh diberi contoh yang lebih besar.

Dan adakah Pemikiran Sistemik akan dihilangkan ? Tidak. Model PIES mempunyai Pemikiran Sistemik di dalamnya, bergantung kepada kesesuaian individu yang mendengarnya. Secara ringkas:

P – kemahiran mengurus tubuh badan, kewangan dan persekitaran
I – menggunakan 10 Prinsip Pemikiran Sistemik ( masih ada cuma perlu dilihat siapa yang mendengarnya)
E – 7 Prinsip Amalan Berjaya daripada Surah al-Mukminoon
S – ikhlas dan ittiba’

Jadi Pemikiran Sistemik masih ada. Cuma ia dimudah dan diringkaskan. Versi panjang dan besar hanya untuk individu yang bersedia sahaja.

Jika anda ingin mendalami model PIES ini, sila email kepada info@masterpies.com

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Berjaya dengan bersyukur

Malam itu hening. Dalam kepekatan malam syahdu, ramai insan dibuai tidur mengasyikkan. Saidatina Aisyah terbangun dan mencari-cari kekasih perjuangan. Beliau

Close