Isi Einstein betul, tapi Einstein tidak betul

“When the solution is simple, God is answering.” – Albert Einstein “Everything should be made as simple as possible, but not simpler” – Albert Einstein Inilah perkataan daripada Albert Einstein. Isi perkataannya memang benar. Namun beliau tidak berada pada jalan yang benar.

“When the solution is simple, God is answering.” – Albert Einstein

“Everything should be made as simple as possible, but not simpler” – Albert Einstein

Inilah perkataan daripada Albert Einstein. Isi perkataannya memang benar. Namun beliau tidak berada pada jalan yang benar.

Jalan yang paling ‘simple’ ialah jalan yang paling lurus. Einstein tahu perkara itu kerana beliau bijak Matematik. Namun beliau tidak memilih untuk berada pada jalan yang lurus.

 

Bagi mana-mana teori yang dibina atau ingin diterangkan, perlu ada cara mudah untuk menerangkannya. Einstein berjaya menerangkan teori relativiti dengan bahasa mudah. Teori itu berjaya. Apabila kita menulis atau ingin menerangkan sesuatu konsep yang bagus, pastikan ia mudah difahami walaupun idea itu besar. Seruan ini disampaikan oleh Nabi agar permudahkan, jangan disusahkan. Perlu diingat bahawa mudah bagi individu A mungkin sukar bagi individu B. Namun jangan sampai A, B dan C serta D sampai Z menyatakan ia sukar. Ada sesuatu yang tidak kena.

Berapa jumlah minimum individu yang diperlukan untuk menyatakan mudah ? Kata Malcolm Gladwell : 150 pada satu-satu masa. Kata Nabi Ibrahim: 1 pun sudah berpada untuk membuat perubahan pada jangka masa panjang.

Apa pun, kita memohon kepada Allah agar apa yang kita cakap betul – sesuai dengan kalam Allah dan sabda Nabi. Dan kita berada pada betul dan benar. Tidak seperti Einstein.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bertarung di dunia spiritual – banyakkan doa

Dalam satu episod sinetron di kaca TV ketika balik kampung, saya terperasan satu adegan di mana si ibu sedang berdoa

Close