Siapa betul? Siapa salah?


Dalam artikel saya yang lepas bertajuk ‘Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda? ‘ , saya mendapat banyak respon dan cadangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas respon dan cadangan. Dalam artikel tersebut, saya menyatakan seolah-olah kumpulan Syiah terlibat dengan penghinaan dan penyelewengan kisah sahabat Nabi. Cuma sebenarnya, setelah dikaji dan diteliti, pasti ada ‘saham syaitan’ untuk menjadikan orang Islam bermusuh antara kumpulan yang menyatakan dirinya sebagai ‘Ahlus Sunnah wal-Jamaah ‘ dan Syiah. Mengapa saya katakan begitu ?Saya merujuk kepada kitab dan sumber yang menyenaraikan godaan syaitan. Dalam buku Talbis Iblis dan banyak buku-buku karangan semasa, ada dinyatakan antara pola bagaimana syaitan menggoda manusia. Secara ringkas, ia boleh diperhatikan dalam akhir ayat 2 dalam Surah al-Maidah:


…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.

Kalau ada sesuatu yang menimbulkan kebajikan dan taqwa kepada Allah, itu dari Allah. Kalau ianya menimbulkan dosa dan permusuhan yang tidak bersesuaian dengan kehendak Allah, maka ia bukan dari Allah. Ia hadir dari musuh Allah: syaitan dan iblis.

Apakah ciri syaitan dan iblis?

Allah memulakan kisah agak terperinci dalam al-Quran dengan kisah Nabi Adam dan Iblis:

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.

35. dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim”.

Apakah kelebihan Nabi Adam sehingga makhluk lain diarahkan untuk sujud hormat ? Ilmu. Mengapa Iblis tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam? “Saya lebih baik kerana saya dari api tetapi Adam dari tanah.” Kata-kata Iblis ini bukanlah berasaskan ilmu. Itulah asas kepada agak-agak dalam sejarah makhluk. Agak-agak adalah asas dosa dan permusuhan. Agak-agak adalah lawan kepada ilmu yang jelas.

Berapa banyak orang berbuat dosa dan bermusuh kerana agak-agak…

Nabi Adam dilengkapkan Allah dengan ilmu. Iblis penuh dengan agak-agak. Berapa banyak yang berjaya di’pikat’ oleh iblis?

Berapa banyak yang menyatakan saya agak boleh buat perkara ini …Saya agak yang itu halal…Lantas terlibat dengan dosa.

Berapa banyak yang menyatakan: saya agak ini sah dan dibenarkan oleh Allah…Lalu perkara terlarang terus dilaksana.

Berapa banyak yang agak-agak bahawa kawannya buat perkara ini dan dia buat perkara itu..Lantas berkongsi agakan tersebut dalam sesi umpat dan fitnah di email, ruang chatting, blog dan sebagainya. Akhirnya tidak bertegur sapa

Berapa banyak?

SAD_03.jpgBelajar untuk untuk tidak agak-agak

Saya tertarik dengan artikel Agar Bisnis Tak Mengganggu Ukhuwah oleh Sabrul Jamil. Beliau menulis pemerhatian tajam beliau berhubung isu ‘agak-agak’  yang akhirnya memusnahkan tautan ukhuwah dua sahabat dalam muamalah seharian. Dengan agak-agak, banyak kerosakan berlaku dalam dunia ini. Agak-agak paling kritikal ialah apabila ia melibatkan ‘saya islam, dia tidak…’

Saya mendapat email berikut untuk saya belajar untuk tidak agak-agak:

you’ve mentioned that you’d be doing an article concerning this
sect. my advice is go on..but only when other urgent matters are
tackled.
i had once made the search to unveil
the truth about shiah-sunni issue my endeavour. that was once the
reason why i switched from law to islamic revealed knowledge, and from
qur’an and sunnah studies to usul al-din and comparative religions
during my bachelor’s degree. simultaneously i joined a da’wah group,
where most of my time was spent. that has lessen my time to dig more on
shi’ah issue in the library where limited number of shiah’s books are
found, or to interview their ustaaz, or to exchange ideas with them, or
even get books from them to analyze, or join their talks in klang
valley. even in the da’wah group programme that i joined, i inquired
about shi’ah to many people when i got the chance to do so and when it
was an appropriate time for the question.
i decided then to confine the questions in my academic assignments that i must do for the courses. i did.
what
did i find? a no conclusion till now as to “who is right and who is
wrong”
– a question that i aimed to answer upon completing my first
degree. that was simply because when a critic is made to one party, the
other’s counterargument was also strong. besides, some issues that are
made debatable are clarified by these two sects by using a different
set of references. both are authentic, based on the concept of
authenticity as the sects perceived. what does ST comment about this?
i
later realize that the most precious experience that i learnt during
the first degree was the price of respect. being in the course which
some labelled as “the place of ahl al-ahwaa’ wa al-bida'” (usul al-din
course as perceived by some of my so-called salafi friends. they also
loved to say ‘kalaam, kalaam, calamity’), i learnt brotherhood and
understanding of different backgrounds. those lessons brought me out
from the cage of rigidity that i used to be, to the open world of
harmony.
the experience intensified the faith
that i had in my heart about the notion of tawheed, the importance of
remembering Allah in all means. and the reading from books of shi’ah
developed further my fond of the family of the Prophet, peace be upon
him and of course, his magnificent self.
well, that humble experience is only a piece of the much more provisions needed on the path of da’wah.
to conclude, issue of shi’ah sunni difference is just a minor one. dont waste too much time on this minor thing.

Ini adalah bahagian kedua dalam email yang sama:

Teman Anda,merekomendasikan sebuah artikel yang
berjudul “Penyimpangan Aliran Syi’ah “Imamiyah Al-Itsna-‘Asyariyyah””.

Berikut ini pesan dari Teman:
utk dikaji

Penyimpangan Aliran Syi’ah “Imamiyah Al-Itsna-‘Asyariyyah”
# oleh: Abi AbduLLAAH
# publikasi: 25 August 2007 @ 21:21
# kategori: Aqidah Da’iyah

Aliran Syi’ah “Imamiyah Al-Itsa-‘Asyariyyah” membawa beberapa
penyimpangan. Penyimpangan-penyimpangan tersebut jelas disebutkan dalam
referensi-referensi yang mereka miliki. Dalam artikel ini akan
disebutkan beberapa penyimpangan aliran Syi’ah “Imamiyah
Al-Itsna-‘Asyariyyah” (inhirafu manhaj “Imamiyyah Itsna Asyariyyah”)
berdasarkan referensi mereka sendiri.

A. Fatwa-fatwa Khomeini Tentang Aqidah dalam kitabnya Kasyful-Asrar[1]:

1. Meminta Sesuatu Kepada Orang yang Telah Mati Tidak Termasuk Syirik.

“Ada yang berkata, bahwa meminta sesuatu pada orang yang telah mati
baik itu Rasul maupun Imam adalah syirik, karena mereka tidak bisa
memberi manfaat dan madharrat pada orang yang masih hidup. Maka saya
(Khomeini) katakan: Tidak, hal tersebut tidak termasuk syirk, bahkan
meminta sesuatu pada …

Artikel selengkapnya di: http://www.al-ikhwan.net/index.php/aqidah-daiyah/2007/penyimpangan-aliran-syiah-imamiyah-al-itsna-asyariyyah/

Artikel bersumber dari Al-Ikhwan.net: http://www.al-ikhwan.net

Apakah agak-agak saya dalam artikel sebelum ini? Agak-agak Sunnah betul, Syiah diagak-agak tidak betul.

Saya setuju dengan teguran tersebut dan saya amat harapkan anda juga menjadi individu yang berusaha untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya masih ingat dengan seorang kawan saya dari Iran. Saya rindukannya kerana dialah salah seorang yang menolong saya ketika sampai di Purdue University dulu, baik akhlaknya, suka tersenyum, diskusi iman pada kefahaman yang sama , awal solat jemaahnya dan sama sahaja cara solatnya dengan saya . Sehinggalah suatu hari, saya bertanyakan tentang Syiah yang dianutinya:

“I am a Shiite because there is no Sunni in my area and I didn’t even know what Sunni is. But I practise with what you do. Am I not Muslim?”

Ia memerlukan hikmah dari Allah untuk mengetahui siapa benar siapa salah. Bukanlah bermusuh dengan Syiah itu penting apatah lagi bermusuh sesama ‘Sunni’ kerana semua dosa dan permusuhan berpunca dari agak-agak. Tetapi bermusuhlah dengan riba. Tidak ridhalah dengan agama Yahudi dan NAsrani. Itu lebih penting dan itulah ilmu yang jelas. Jika kita tidak bermusuh dengan apa yang Allah perintah, kita perlu khuatir kita ini banyak membuang masa pada perkara yang tidak sepatutnya.

Ya Allah! kurniakanlah furqan untuk kami dapat membezakan yang haq dan batil. Ameen!

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Dia lukis kartun…dia beri khutbah pertama…Aku?

Sepanjang minggu ini, ada dua orang tokoh yang hadir ke kawasan sini untuk menerangkan Islam. Seorangnya menggunakan kartun untuk menyampaikan...

Close