Dia lukis kartun…dia beri khutbah pertama…Aku?

 
Individu pertama yang menerangkan Islam dengan kartun ini ialah Khalil Bendib, alumni University of Southern California (USC) di sini. Beliau pernah menjadi kartunis di akhbar USC Daily Trojan. Beliau memberi ucapan sempena Islamic Awarenes Week  atau Minggu Kesedaran Islam. Berita tentannya boleh dibaca di sini.cartoonist.jpg

Beliau suka menggunakan peluang humor,lukisan dan minat dalam politik untuk mengkritik Perang terhadap Pengganas dan Islamophobia. Antara kata-katanya:

Be clever and cute, don’t electrocute

The pen is funnier than the sword

I would disarm the enemy through laughter 

 Manakala khatib pada solat Jumaat yang dimaksudkan ialah Dr Ahmad Sakr. Beliau banyak menulis setelah sibuk menjadi doktor perubatan dalam hidupnya. Beliau menyampaikan khutbah dengan bersahaja dan ada masanya jemaah solat Jumaat ketawa mendengar contoh dan penerangan yang dia berikan untuk tajuk khutbah ‘Bahaya Dunia’. Beliau menyatakan bahawa dunia ini bersifat ‘lahwun(sia-sia), la’ib (permainan) dan ziinaah (perhiasan)’. Hanya orang beriman yang mampu mengambil pengajaran dari al-Quran dan as-Sunnah serta hidup di dunia dengan baik.

 I went to one of my friend’s house. We didn’t get lost to find his house but we were lost in his house!

ahmadsakr.gif

Subhanallah mereka menggunakan kepakaran masing-masing untuk menyampaikan Islam. Saya? Aku? Saya harap dapat mencontohi mereka. Perkenankan ya Allah! Jadikanlah kami di kalangan orang yang mengikuti Nabi Muhammad untuk menyeru ke jalanMu atas basirah . Ameen. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
The Most Powerful Habits

Jika kita melihat dan merenung kegiatan atau aktiviti harian kita, sejak dari pagi hinggalah pada waktu malam, apakah habit atau

Close