Pendakwah Air Kacang Soya 37

”A’ah, lusa ni cuti, kenapa?” Kata Din

”Kita nak tutup ke buka gerai masa cuti tu?” Tanya Nas lagi

Din terdiam sebentar memikirkan mana yang lebih baik. Din dan Nas memberikan pandangan masing-masing sambil Man juga kadangkala menyampuk memberikan pandangan.

Dari perbincangan mereka, jika tutup gerai, mereka berdua dapat berehat panjang kerana cuti jatuh pada hari khamis dan jumaat. Jadi mereka dapat rehat sehingga hari ahad.

Tapi, lebih menguntungkan jika mereka buka gerai kerana berdasarkan pengalaman, jualan lebih meningkat pada hari cuti. Ini kerana pada waktu cuti panjang sebegini, para remaja keluar bersama rakan-rakan pada waktu malam terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Biasanya gerai Din dan Nas menjadi tumpuan utama.

Setelah meneliti dari pelbagai sudut, Din dan Nas mengambil keputusan untuk membuka gerai pada hari khamis dan jumaat. Kemudian tutup pada hari sabtu dan ahad untuk bersama dengan keluarga.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

Setelah selesai mencatat, Din berkata “Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar yang Tuan Haji...

Close