Elakkan ‘saya sakit hati’

Bagaimana kesimpulan ini dibina?

Sebenarnya kepelbagaian di kalangan manusia mewujudkan perbezaan pendapat dan mazhab. Mazhab itu melibatkan mazhab agama, akidah, ibadah, muamalat dan pelbagai disiplin kehidupan seharian. Perbezaan kumpulan sahabat dalam memahami hadith solat Asar apabila sampai ke Bani Quraizah sudah cukup menjelaskan ‘elakkan “saya sakit hati”‘ dalam hidup antara sahabat. Memang ada yang tak setuju dengan yang lain, tetapi itu sebagai asas untuk kejayaan seterusnya.

Ini juga dapat dilihat dalam perbezaan dalam fiqh Ibn Abbas dan Umar al-Khatab. Perbezaan ini mewujudkan mazhab yang tersendiri di kalangan sahabat – walaupun istilah mazhab ini tidak famous di zaman Rasulullah. Namun ia wujud dan bagi sesiapa yang tidak memahami ruh Islam dan kehidupan di bawah lembayung Allah yang mencipta perbezaan, kita akan cepat ‘sakit hati’ dengan perbezaan orang lain.

Sakit hati dengan hak Allah yang dilanggar?

Tidak ada istilah sakit hati apabila kita melihat hak Allah dilanggar kecuali apabila hati kita penuh sakit dan cepat menjadi sakit. Seharusnya apabila kita menyeru ke arah kebenaran lantaran kita inginkan kebenaran, jangan beri peluang untuk ‘sakit’ masuk dalam hati. Elakkan perkataan seperti ‘saya sakit hatilah tengok dia,’, ‘saya menyampah’, ‘ish, dia nie menyakitkan hati saya sahaja’. Kalau perkataan-perkataan itu yang keluar dalam hati atau lisan anda ketika berdakwah, bekerja, belajat atau berniaga , maksudnya memang hati andaperlu digilap dengan zikir kepada Allah.

Mana mungkin orang yang ingat Allah masih sakit hatinya. Ia amat konflik. Menurut Ibn Qoiyim, ciri hati sakit ini diterangkan oleh Allah dalam ayat 8-13 Surah al-Baqarah. Ia tidak sama dengan ayat 1-5 yang menerangkan hati yang hidup dan tidak sakit.

Marilah kita semak diri kita. Berapa banyak perkataan ‘menyambah, meluat, sakit hati’ kita ulangkan minggu atau bulan ini. Kalau anda tidak pernah mengucapkannya, itu maksudnya ibadah anda memberi kesan untuk membina hati sejahtera -qalbun saleem.

Jom elak ‘saya sakit hati’. Hati yang sakit amat busuk baunya.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Siapa betul? Siapa salah?

Dalam artikel saya yang lepas bertajuk 'Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda? ' , saya mendapat banyak respon dan cadangan.

Close