Bagaimana kita 'memerah' usia?

Dalam artikel sebelum ini, saya berbincang tentang ‘The Art of Squeezing’. Ia adalah satu artikel yang bersifat ‘open-ended’ kerana saya yakin ia mampu untuk membuka minda masing-masing tentang pentingnya kita ‘memerah’ atau squeeze masa atau usia yang ada. Dalam bahasa Arab, kata ‘ain shad ra adalah kata akar atau jizr yang membawa maksud ‘memerah’. Namun bagaimana kita memerah usia agar terhasil ‘jus’ yang ‘kholisan’ (bersih)? Mari kita semak.

Sebenarnya apabila kita membicarakan teknik ‘memerah’, ada dua perkara penting ketika proses itu berlaku.

1. Memerah

2. Melepaskan perahan atau ‘berehat’ dari memerah.

relaxsmallDua perkara itu dilaksanakan berulang kali. Mungkinkah memerah sahaja tanpa melepaskan perahan? Tidak mungkin. Bolehkah melepaskan perahan saja? Itu maksudnya bukan sedang memerah.

Sebagai contoh, jika kita sudah memarut kelapa dan dicampurkan air. Ibu kita akan mengambil parutan itu dan memerah. Habis jusnya, maka ia akan dilepaskan atau diletakkan dalam bekas lain. Kalau pun ingin memerahnya lagi, si ibu akan meletakkannya dahulu, kemudian diperah kembali. Mengapa perlu melepaskan perahan atau ‘berehat’ dari memerah? Sudah tentu kalau diperah terus menerus, santan pun tak keluar dan tangan pun sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Itu yang menyebabkan ramai kata:

‘saya sudah berusaha keras tetapi makin di-push, makin lelah saya dengan load kehidupan saya.’

‘saya selalu overwhelmed dengan apa yang saya buat’

‘kalau saya dah buat sesuatu, susah nak berhenti padahal saya tahu saya kena buat perkara lain seperti assignment dan kerja lain’

‘saya tak tahu nak mula dari yang mana satu le ..banyak sangat dan saya dah penat ..blank’

Itu sebabnya perkara 1 dan 2 amat penting. Tetapi apa maksud pula dengan 1 dan 2 ? Katakan ketika kita menyiapkan assignment atau bekerja, berapa kerap perlu kita melaksanakan perkara 2? Perlukah berehat setiap 5 minit? 20 minit ? 1 jam? Atau ambil cuti? Apa pula perkara 2 tersebut? Perlukah sama sahaja atau ia perlu berlainan mengikut apa yang kita laksanakan?

Inilah yang perlu difahami dengan baik agar pengurusan masa kita akan lebih efisien dan produktif. Kalau mengikut kepada surah Al-Asr, individu yang tidak rugi dengan usianya ada 4 ciri:

1. beriman

2. beramal soleh

3. memberi nasihat dengan kebenaran

4. memberi nasihat dengan kesabaran

Ini adalah hint untuk kita memahami dengan jelas bagaimana menguruskan masa. Sama-sama kita tadaburkan.

Artikel ini ditulis dalam kajian ‘Credit Hour Juice’ yang menjadi salah satu modul latihan dalam program Master PIES yang akan dilaksanakan pada 15 April 2009. Jika berminat, sila email kepada info@almuntalaq.com atau layari http://masterpies.com

Facebook Comments:

One thought on “Bagaimana kita 'memerah' usia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-04-05

Berminat untuk jadi trainer? http://masterpies.com/info.htm # @nass_sare tahniah bro .. in reply to nass_sare # @imranty neuro linguistic programming.. in

Close