Memaknai Sunnatullah secara benar


“Aku sudah berusaha.”

“Betulkah sudah betul-betul berusaha? Bagaimana dengan doa pula?”

“Juga aku dah buat. Tapi nampak masih tidak berjaya.”

Sunnatullah dan Syariatullah adalah perlakuan di peringkat manusia.

Ah Chong melaksanakan Sunnatullah dengan cari benih yang baik, bersungguh-sungguh pagi ke ladang dan dijaga jagungnya sampai menjadi.

Syariaatullah adalah kelebihan kepada Ahmad. Beliau berdoa dan solat memohon bantuan dari Allah.

Namun mengapa ada lagi gagal? Bolehkah pasrah atau ada yang tidak kena untuk menjemput bantuan dari-Nya?

Katakan kalau ada 20 perkara Sunnatullah dan Syariatullah perlu dibuat untuk menjemput qadar Allah sebanyak 2000. Apa beza usaha yang perlu dibuat untuk menjemput qadar Allah 2 Juta? Ada 2 Trillion? Atau cukup 20 sahaja dibuat untuk menjemput qadar Allah 2 Trillion?

Ada kaitan yang menarik di sini. Pada zaman Nabi,adakah usaha Nabi dan sahabat untuk Hijrah itu kategori 20, 21 atau 22?

Kuantiti adalah satu hal. Kualiti adalah hal lain. Kualiti boleh jadi skala 1, boleh jadi skala 100. Yang menentukannya ialah masa. Masa untuk syariatullah sudah tetap. Masa juga yang akan menemukan qadar Allah dengan usaha manusia.

Apabila usaha kualiti 15 dengan kuantiti 20 dilaksanakan pada masa tertentu, ia akan menjemput bantuan dari Allah. Ada masa baiki kualiti sebelum deadline? Ia akan menjemput qadar Allah yang lebih hebat. Inilah rahsia yang membezakan kerja keras dengan kualiti berbanding kerja keras tanpa kualiti. Kualiti ada pada sunnatullah. Kualiti juga ada pada syariatullah. Kedua-duanya tertakluk pada masa.

Reverse engineering kejayaan

Apakah rahsia orang membeli produk kita? Ia ada kaitan dengan rezeki. Ia ditentukan oleh ar-Razzaq.

Lantas, siapa yang berkuasa? ar-Razzaq yang akan melaksanakan 2K/2M/2T perkara dengan diarah makhlukNya untuk memudahkan rezeki kepada hamba-Nya.

Sunnatullah perlu dibuat agar rezeki itu layak sampai ke Ahmad. Ahmad yang berusaha keras akan dapat bantuan 2K atau 2M. Manakala jika syariatullah dilaksanakan dengan baik, ia akan menjemput bantuan 2T.

Kalau masa untuk rancang dan laksanakan kualiti terbaik – standard sunnatullah antarabangsa tidak dilaksanakan, ada kemungkinan kejayaan tidak kunjung tiba. Namun kalau syariatullah diberi perhatian amat bagus, ini akan menjemput bantuan 2T. Siapa layak mendapat 2T? Sunnatullah dan syariatullah terbaik.

Kalau persediaan tidak optimum pada tertentu dari segi sunnatullah, namun optimum pada syariatullah, ia akan memberi kesan besar pada qadar Allah yang dapat dijemput.

Lantas, taqwa amat penting. Apa itu taqwa. SI GUA perlu diberi tambahan dan kualiti setiap masa. Taqwa itu tepati janji dengan manusia, tepati janji dengan Tuhan. Janji ditepati dengan kualiti terbaik, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Ibu berjanji tetapi tidak beli

Soalan: Macam mana kalau kita keluar dengan anak buah. Kemudian si ibu berjanji belikan sesuatu bagi mententeramkan si anak yang...

Close