Bagaimana mengejar bayang-bayang


Jangan dikejar bayang-bayang. Anda tidak mampu mengejarnya kecuali kalau anda ingin mengejar bayang-bayang orang lain. Waktu kecil dahulu, saya teringat ketika bersama kawan-kawan. Kalau tidak suka dengan kawan lain, lantas dikutuk si ayahnya. Memang tidak bagus. Caranya? Dicari bayang-bayang si kawan tadi dan dikatakan: ‘aku pijak anak Si Polan (nama ayah kawan yang dimusuhi atau tidak disukai).

Namun tiada faedahnya mengejar bayang-bayang kawan. Tak dapat apa pun. Bayang-bayang sendiri? Bukan sahaja tidak dapat apa-apa, malah takkan terkejar.

Lantaran itu, Imam Ibn Qoiyim menyatakan:

“”Dunia ini seperti bayang-bayang. Jika kamu mengejarnya, kamu tidak akan mampu mengejarnya. Tetapi jika kamu tinggalkan, ia tiada pilihan kecuali mengikutmu.”

Saya berfikir dan berhenti sebentar. Benarkah dunia ini bayang-bayang? Mengapa Imam Ibn Qoiyim menyatakan dunia ini bayang-bayang?

shadowProses mengejar bayang-bayang

Apa yang berlaku ketika mengejar bayang-bayang?

1) Seseorang merasakan bayang-bayang itu real.
2) Fokusnya pada bayang-bayang. Ini menyebabkan ia kelelahan, kerana ia tidak akan berhasil mana pun.
3) Buang masa sahaja kejar bayang-bayang-bayang. Ini adalah perkara sia-sia (laghwun)
4) Lantaran bayang-bayang tidak real, ia akan mengotorkan kefahaman kita tentang realiti kehidupan. Hanya kerana mencari dan menangkap bayang-bayang, lantas dilanggar sahaja pasu bunga atau apa sahaja objek real.
5) Bayang-bayang bukan real. Pasangannya ialah objek sebenar.
6) Kalau kita respon pada bayang-bayang, ia tidak tetap. Bergantung kepada kekuatan dan arah cahaya.
7) Dapat bayang-bayang tidak menyebabkan kita makin kaya atau meningkat status kita di sisi manusia kecuali mendapat gelaran ShadowBuster. Apatah lagi di sisi Allah.

Bagaimana saya menganalisa perkara di atas? Menggunakan 7 Prinsip Mukmin Berjaya dalam Surah al-Mu’minoon (http://www.amalanberjaya.info/).

Jadi saya perlu tinggalkan dunia?

Tinggal di situ bukan bermaksud tidak perlu berusaha. Allah menyeru kita jangan lupakan bahagian rezeki kita:

2009-06-02_135434

28:77 “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Apa yang dimaksudkan ialah agar kita meletakkan dunia dan perhiasannya itu di tangan, bukan di hati. Hanya benarkan Allah dah Rasul lekat di hati. Jika tidak, kita akan kecewa dan penat seperti mengejar bayang-bayang.

Kajian di Rochester: Mengejar Kekayaan Psychological Dead Ends

Dalam kajian di Universityof Rochester, individu yang mencari kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan akan menyebabkan seseorang itu kurang gembira dan bahagia.  Menurut Professor psikologi dan sains sosial di universiti tersebut, jika seseorang meletakkan matlamat untuk mencapai perkara berikut, ia perlu disemak semula. Namun yang berbaloi ialah : growing as an individual, having loving relationships, and contributing to your community.

Ini menjelaskan betapa dunia ini sebagai perhiasan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya untuk menyiapkan diri untuk bertemu Maha Pencipta di akhirat nanti serta sejauh mana mampu memberi manfaat kepada masyarakat.Bukan untuk mengumpulkan dan mencari personal need semata-mata.

2009-06-02_143456

18: 7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Bagaimana meletakkan harta, pangkat di tangan sahaja?

Jangan jadikan ia fokus utama. Kalau kita bekerja, kerana kita cinta keluarga dan ingin berkhidmat pada manusia. Kalau berniaga, bukan nak duit semata-mata tetapi kerana ingin menolong manusia mendapatkan khidmat yang baik. Kalau ada jawatan, ia bukan untuk mengumpulkan pengikut untuk diri tetapi untuk diajak bersama kepada Allah. Itulah yang dimaksudkan dengan meletakkan harta atau jawatan di tangan.

Bagi seorang pelajar, apabila belajar, ia berniat untuk menjadi individu yang berilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat serta mendekatkan diri kepada Allah. Bukan asyik ternampak sergahan CGPA 4.0 semata-mata atau deheman pak sponsor. Jika Allah dan Rasul menjadi keutamaan, ini sepatutnya menambahkan semangat kita untuk berbuat sesuatu dengan baik tanpa mengabaikan syariat seperti kepentingan iman dalam bekerja, berakhlak dan melaksankan solat serta suruhan Allah.

Binalah jadual di sekitar waktu solat

Untuk lebih praktikal, binalah jadual harian di sekitar waktu solat. Bukannya waktu solat di sekitar kerja seharian. Ini akan memastikan kita sentiasa ingat dan meletakkan Allah di hati, bukannya di tangan atau di masjid sahaja. Kalau nampak masjid, baru mahu berhenti solat.

Ya Allah, kuatkanlah hati kami untuk mengingati , mensyukuri dan mentaatimu Ya Allah!

Facebook Comments:

1 Comment

  1. nazrahku says:

    aminn..

Leave a Reply

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-05-31

baru balik dari luar..sempat habis sebahagian buku sambil bawa hajar dan adam berjalan2..alhamdulillah # @annkays siapa dapat kawal marah, Allah...

Close