Bertanya untuk mengenalpasti ciri ekstrapolasi

Satu hari, saya bertanya kepada salah seorang rakan yang ingin belajar dengan saya tentang beberapa perkara. Saya nyatakan bahawa saya boleh ajarkan secara percuma, dengan syarat dia boleh memberi komitmen yang tinggi untuk belajar. Dia nyatakan ‘sanggup’. Saya masih belum percaya kerana saya belum mengenalinya. Namun saya mulakan dengan ujian litmus dahulu untuk memastikan pada masa yang ditetapkan, saya tidak akan menunggu untuk mengajarnya – sebagaimana yang pernah berlaku pada banyak peristiwa sebelum ini.

Saya mulakan dengan soalan awal, ‘kalau awak ingin belajar, mampu untuk bersungguh-sungguh? Kerana untuk berjaya, ia mula dengan aspek emosi yang besar.”

“Saya sanggup.”

“Kalau saya jumpa awak pukul 7.00 pagi esok ?”

“7.00 pagi ? Awal sangat tu..”

“Awak ingin berjaya?”

Kalau saya yang ingin mengajar boleh bangun dan mengajar 7.00 pagi, apakah sepatutnya yang dilaksanakan oleh si anak murid.

Dia mengangguk. Lantas saya nyatakan ‘saya tunggu esok.’

Keesokan harinya, saya menunggu 7.00 pagi di rumah. Seminit dan seminit terus berlaku. Tidak muncul-muncul.

Saya hantar SMS “jadi berjumpa hari ini ?”

“Jadi, tapi boleh pukul 9.00 am?”

Saya tidak membalas SMS tersebut. Ini ujian litmus awal. Saya boleh mengajarnya percuma tetapi kesungguhan adalah perkara penting untuk berjaya. Bagaimana ingin mengetahui bahawa seseorang itu sedia dengan pilihan untuk BERJAYA? Beliau sudah lepas ujian litmus INQUIRE atau soalan ringkas. Jika peringkat kecil sudah tidak berjaya disertai keluh kesah yang pelbagai, nampaknya jiwanya masih belum diisi dengan ruh kejayaan. Jika dia mahu kejayaan juga, kekadang perlu dibayar dengan wang – barulah ia disedari nilainya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pilihan dan harga

Harga pada sesuatu produk dikaitkan dengan pilihan di peringkat manusia. Malah pilihan yang pelbagai ini kekadang amat sukar dinilai kerana

Close