Perkauman

Assalamualaikum w.b.t.

Terlintas untuk saya menulis coretan ini adalah selepas mendapat email dari yahoo groups. Pokok asal perbincangan email ini berkaitan, adakah patut YB Eli meletak jawatan.  Kandungan email itu berbunyi,

“Cina non-muslim semuanya makan babi, yang mana kita tau adalah haram untuk kita makan babi. Kalau dia nak makan babi tu biarlah, dah memang mende tu jadi budaya diorang.”

Saya membalas emailnya dengan enyatakan tindakannya itu bersifat perkauman/racist.

“….Lagipun, kalau iyepun, apakah perkara yang saya nyatakan tadi adalah racist? Innal a’malu binniat, kadang2 perkara tu takde terniat pun seperti mana yang orang lain dakwa. Innal a’malu binniat, kalau niat anda nak memperbetulkan apa yang salah sy ucapkan terima kasih la ye. Innal a’malu binniat, kalau anda(dia maksudkan saya) ada tersalah niat semasa membangkitkan perkara ini sila perbetulkan balik niat anda ye. Takut2 tersalah.”

Setelah membaca balasan email ini, terdapat beberapa perkara yang bermain difikiran ini. Adakah niat yang murni menghalal cara. Adakah dia tidak perasan bahawa perkauman adalah sesuatu yang tidak beretika. Adakah dia cuba bermain dengan perkataan untuk ‘reverse psychology’ supaya pembaca lain yang membaca email itu fikir dia tak bersalah. Dan…..adakah betul dakwaan seorang muslim yang saya jumpa, kebanyakan Melayu yang tidak pernah bermusafir ke luar negara adalah ‘racist’ dan ‘close minded’. Ada sesiapa nak komen?

Kenapa kita mesti memandang hina orang yang tidak seagama atau tidak seketurunan dengan kita? Ini bukan ajaran Islam. Pada saya tak salah kalau kita berselisih pendapat, tapi janganlah dibangkang akan personaliti, yang perlu dibangkang adalah pendapatnya. Justeru, jagalah bahasa wahai kawan-kawanku. Terlajak kereta boleh diundi reverse, terlajak kata???

Katakan tidak pada perkauman!

One thought on “Perkauman

  • March 1, 2009 at 10:09 am
    Permalink

    Tentang dakwaan racist and close-minded tu, tak semestinya pegi ke overseas akan mengubah perspective kita supaya tak jadi racist. Ana ada sahabat di Malaysia yg sgt memahami budaya sosial bangsa lain di universiti beliau skrg memandangkan kampus tu terdiri drpd berbilang kaum. In fact, kaum Melayu sedikit je bilangannya, tapi beliau boleh rasa selesa di tgh2 bangsa lain di situ tanpa perlu rasa terjejas dan terikut-ikut. Sebaliknya, ada sahabat di overseas yg masih rasa racist trhadap kaum2 tertentu hanya kerana kaum tersebut pernah buat hal trhadapnya di Malaysia. Maaf kalau ayat digunakan tidak sesuai, sekadar berkongsi pendapat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Landskap Kehidupan Manusia

Kebanyakkan manusia melalui perjalanan kehidupan dengan pelbagai bentuk halangan serta mehnahnya yang tersendiri. Jika kita melihat semula kesemua perjalan yang...

Close